ARKIB

KATEGORI

Info

Bos Aerodyne Group buka mulut – Ini sebenarnya yang berlaku

Info

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook peribadinya, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed sekali lagi tampil untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku setelah syarikat terpalit dengan kontroversi kereta terbang.

Katanya, ini adalah penjelasan mudah mengapa mengapa Malaysia masih ketinggal di belakang untuk menjadi negara maju dan mengapa negara-negara seperti Indonesia, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam telah melangkah jauh ke hadapan. Perbalahan, pembelotan dan politik menjadi rutin seharian dan bukannya memberi tumpuan kepada penciptaan nilai.

Pasukan Perhubungan Awam telah menasihatkanya supaya tidak melayan sebarang berita berkenaan penyalahgunaan dana awam untuk projek kereta terbang kerana ia dilihat cenderung ke arah ‘serangan peribadi’ kepada Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan mereka menjadi mangsa keadaan kerana didakwa bersekongkol dengan kementerian tersebut.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Bagi mereka yang bertanya, ini jawapan ringkasnya:

  1. Ia adalah laporan yang tidak bertanggungjawab yang bertentangan dengan kebenaran. Beliau amat mengalu-alukan pengauditan kerana TIDAK ADA SESEN pun dana awam pernah atau akan digunakan untuk Mobiliti Udara Bandar (UAM).
  2. Pembangunan UAM juga telah ditangguhkan sejak Ogos 2019 kerana Aerodyne berkembang dengan pesat di seluruh dunia dalam perniagaan terasnya yang berasaskan dron. UAM adalah prospek jangka panjang dan TIDAK akan menjadi pengangkutan lazim untuk sekurang-kurangnya sehingga 2025. Tiada sebab untuk Aerodyne memberi tumpuan kepada projek tersebut buat masa ini.
  3. Syarikatnya telah berjaya mendapatkan pelaburan Siri B bernilai US$30 juta termasuklah RM20 juta dari VentureTech Malaysia. Pelabur-pelabur lain dan berpotensi datang dari Indonesia, Korea, China dan Jepun.  Pelaburan tersebut adalah 100 peratus berkaitan pengembangan perniagaan dron SAHAJA. Ia bukan cerita baharu dan pernah diwar-warkan kepada umum.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

  1. Mereka tidak pernah meminta MED untuk sebarang bantuan, melainkan untuk tujuan rangka kerja dan akta dron di Malaysia.
  2. Aerodyne kini semakin berkembang dengan lebih 330 tenaga kerja di 25 buah negara dan hanya mendapat sedikit bantuan dari kerajaan. TIADA sebarang geran diambil dari mana-mana agensi kerajaan, walaupun pernah ditawarkan geran bantuan bernilai RM2 juta dari MDEC, namun telah menolaknya. Geran tersebut lebih baik disalurkan kepada usahawan lain yang lebih memerlukan. Walaubagaimanapun, MDEC telah membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan di peringkat global.
  3. Semasa perbincangan pertama Aerodyne bersama MED dan beberapa agensi kerajaan yang lain awal tahun ini, ia hanyalah berkisar mengenai apa sumbangan mereka buat negara dan memberi pandangan untuk membentuk masa depan negara. Namun tanpa disangka ia menjadi ‘duri dalam daging’ kepadanya.
  4. PAC tidak pernah menjemputnya untuk berbincang. Tidak pernah bertanya satu soalan pun kepadanya. Beliau tidak berminat dengan Politik. Kebenaran akan terbukti nanti.

Adakah beliau terganggu dengan semua ini? Sama sekali tidak. Beliau tetap akan tidur lena dan terus fokus untuk menjadikan syarikatnya jaguh di peringkat global. Tambahnya, adakah anda tahu mengapa Grab tingglkan Malaysia?

Adakah anda tahu mengapa Malaysia masih lagi belum ada syarikat Unicorn? Jangan terkejut jika satu hari nanti Aerodyne jadikan Tokyo, Shenzhen atau Lembah Silikon sebagai pusat operasi, sebabnya adalah perkara yang sama (politik).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply