ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bos Perodua beri bayangan pengganti Alza (D27A) bakal dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto?

Berita Tempatan

Views

Setakat ini masib belum ada lagi model keluaran Perodua yang menggunakan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto meskipun ia sudah diibarat sebagai ciri lazim pada model keluaran terkini.

Dengan adanya ciri ini, ia sangat memberi manfaat buat penggunanya, terutama sekali aplikasi navigasi dan juga penstriman muzik ketika dalam perjalanan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Bukan sahaja Perodua, bahkan pesaing terdekatnya Proton juga masih belum memperkenalkan ciri ini di dalam kereta keluaran mereka.

Sebenarnya pembeli di Malaysia, masih lagi ternanti-nanti bilakah ciri wajib itu akan ada diberikan oleh pengeluar kereta nasional.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Mungkin, apa yang dikatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad semasa sesi pandu media Myvi facelift di Johor Bahru baru-baru, bakal ‘menoktahkan penantian’ mereka.

Beliau memberi bayangan yang kedua-dua ciri ketersambungan itu bakal disertakan pada model-model baharu mereka pada masa akan datang, berkemungkinan pengganti Alza (D27A) yang dijangka tiba tahun depan.

Teruja bukan? Apapun kita nantikan info terkini mengenai Alza (D27A) dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply