ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bos Perodua sahkan satu model baharu bakal dilancarkan tahun depan, petanda besar kehadiran pengganti Alza (D27A)

Berita Tempatan

Views

Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini, akhirnya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad ‘membuka mulut’ mengenai perancangan mereka untuk melancarkan sebuah model serba baharu semasa sesi pandu media Myvi facelift di Johor Bahru.

Jelas beliau, meskipun mengesahkan kehadiran model serba baharu itu tahun depan, namun enggan menyatakan secara terperinci bilakah ia akan dilancarkan kerana sekatan pergerakan dan juga pendemik Covid-19 yang masih belum reda.

Selain satu model serba baharu, katanya Perodua mempunyai keupayaan untuk melancarkan dua model perubahan minor (MC) setiap tahun. Ini secara tidak langsung mengesahkan yang Perodua bakal melancarkan model pengganti Alza (D27A) tahun depan.

Dalam artikel terdahulu, rakan media di Paultan.orgPerodua menerusi satu nota yang diedarkan kepada pengedar-pengedarnya mengesahkan Alza akan ditamatkan pengeluarannya pada penghujung Januari 2022.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ini kerana kerajaan akan beralih dari peraturan emisi Euro 2 kepada Euro 4 menjelang 1 Januari 2022 (sepatutnya pada 1 Oktober 2021). Pengganti Alza (D27A) nanti mempunyai kembar di Indonesia, iaitu Toyota Avanza/Veloz dan juga Daihatsu Xenia.

Model MPV tujuh-tempat duduk itu dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu 1NR-VE 1.3L Dual VVT-I (95 PS, 121 Nm daya kilas) dan 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas).

Enjin ini digandingkan pula dengan pilihan transmisi D-CVT atau manual 5-kelajuan. Antara ciri-ciri menarik Xenia 2022 adalah susun atur tempat duduk “Mod Sofa”, jarak lega tanah yang tinggi dan radius pusingan yang kecil.

Di Indonesia, Xenia 2022 ditawarkan dalam lima pilihan varian, iaitu:

  • 1.3 M
  • 1.3 X
  • 1.3 R
  • 1.5 R
  • 1.3 R ASA

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Tujuh pilihan warna ditawarkan untuk Xenia 2022, iaitu Midnight Black MetallicIcy WhiteSilver MetallicDark Grey MetallicCompagano RedPurplish Silver dan Greenish Gun Metal.

Xenia 2022 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini, Daihatsu A.S.A (Advance Safety Assist) yang terdiri daripada:

  • Monitor Pandangan Keliling (kamera 360-darjah)
  • Amaran Pra-Perlanggaran
  • Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control)
  • Bantuan Mula Mendaki
  • Pengelap cermin dengan Penderia Kelajuan Berselang-seli
  • Kawalan Kekal Laluan
  • Amaran Berlepas Laluan
  • Kawalan Cengkaman
  • ABS, EBD

Harga yang ditawarkan bermula dari 190.9 juta Rupiah (RM55,754) hingga 242.4 juta Rupiah (RM70,802). Menurut info dari Mat Bond, Alza (D27A) nanti akan dilengkapi ciri tambahan, antaranya brek parkir elektronik, brek cakera di belakang serta sistem lengkap Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply