ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Brad Binder sah ganti Hafizh Syahrin musim depan

Sukan Permotoran

Views

Nampaknya hasrat jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan kelibat Hafizh Syahrin beraksi dalam kategori MotoGP musim depan mungkin tidak kesampaian. Akhirnya desas-desus yang bertiup kencang selama ini menjadi kenyataan dan semalam, pasukan Red Bull KTM Tech3 mengumumkan mereka telah mengikat Brad Binder untuk musim 2020.

Pasukan satelit untuk KTM itu dijangka mengekalkan pelumba utama mereka Miguel Oliveira untuk musim kedua tahun depan. Ia secara langsung menyaksikan Hafizh Syahrin disingkirkan dari pasukan tersebut setelah tamat musim ini. Brad Binder, 23 tahun merupakan warga Afrika Selatan yang telah muncul sebagai juara dunia kategori Moto3 pada 2016 dan pernah menjadi rakan sepasukan Miguel Oliveira pada musim 2017 dan 2018 dalam kategori Moto2.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Gandingan ini akan kembali beraksi bersama untuk musim depan dan Brad Binder berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada KTM, Red Bull KTM Tech3, pengurus dan keluarganya yang banyak membantu untuk merealisasikan impiannya beraksi dalam kategori perdana. Beliau juga amat teruja dan tidak sabar untuk beraksi bersama pelumba-pelumba terbaik dunia dalam saingan MotoGP,

Pengarah Sukan Permotaran KTM, Pit Beirer berkata, pengalaman Brad Binder selama lima tahun bersama selain pernah menjadi juara dunia bersama pengeluar itu amatlah ditagih dan mereka tidak sabar untuk melihat aksi tunggangannya bersama jentera MotoGP.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Pengurus Pasukan Red Bull KTM Tech3, Hervé Poncharal pula berkata, beliau telah mengikuti perkembangan Brad sejak mula menyertai kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan kemudiannya dalam Moto3. Tambah Poncharal lagi, beliau amat kagum dengan bakat yang ada pada Brad selain sikap yang tidak mengenal putus asa padanya, dan inilah profil penunggang yang dicari oleh semua pasukan.

Pelbagai spekulasi mula diperkatakan oleh warganet mengenai masa depan Hafizh Syahrin, ada yang mengatakan beliau akan kembali ke saingan Moto2 dan ada juga yang mengatakan beliau bakal bakal dilamar oleh pasukan satelit Suzuki, namun pengeluar dari Jepun itu berkata perancangan tersebut tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.

Kami mengucapkan tahiah kepada Brad Binder dan kepada Hafizh Syahrin, jangan putus asa dan sentiasa buat yang terbaik. Teruskan usaha kamu BO55KU!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply