ARKIB

KATEGORI

Buletin

BRT Iskandar Malaysia dijangka mula beroperasi menjelang akhir 2023

Berita Tempatan

Views

Projek Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT) yang dianggarkan bernilai RM2.56 bilion, dijangka mula beroperasi menjelang akhir 2023. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Solihan Badri, berkata projek itu kini berada pada tahap 21.57 peratus siap.

Menurut Berita Harian, Solihan Badri berkata, Program Ujian Rintis Bas Transit Rapid (BRT) bagi IMBRT dimulakan pada 8 April lalu.

Tambahnya, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) melabur sebanyak RM151 juta bagi memuktamadkan reka bentuk kejuruteraan infrastruktur, menilai reka bentuk keperluan operasi dan kewangan, kerja-kerja penyiasatan dan pengambilan balik tanah.

IMBRT adalah sistem BRT komprehensif yang pertama di Malaysia dan akan menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam di Iskandar Malaysia.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Projek ini akan disambung ke projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura; Lapangan Terbang di Senai; Larkin Sentral; Landasan Berkembar Kempas dan Terminal Feri Antarabangsa di Stulang Laut dan Iskandar Puteri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dikemukakan Cheo Yee How (Perling-DAP) berhubung perkembangan terkini BRT di Johor pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14, hari ini.

Solihan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, berkata reka bentuk terperinci bagi jajaran BRT Iskandar Puteri sudah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), dalam masa terdekat.

Selain itu, katanya, reka bentuk terperinci bagi jajaran BRT di Skudai dan Tebrau akan dimuktamadkan selepas mengambil kira maklumbalas terhadap jajaran Iskandar Puteri.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Ujar beliau, IRDA juga telah mengadakan sesi pembentangan dan libat urus laluan perkhidmatan IMBRT bersama agensi berkepentingan seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Perbincangan turut diadakan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP); Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG); Majlis Perbandaran Kulai (MPKu); Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDK) bagi menyemak laluan dan mendapatkan sokongan.

Sementara itu, Solihan berkata, ujian IMBRT yang bermula April tahun ini, telah mendapat maklum balas positif dengan sebanyak 97.9 peratus responden menyatakan sokongan kepada perkhidmatan itu.

Tambah beliau lagi, program ujian rintis IMBRT dihadiri lebih 443 orang dan berdasarkan survei yang dijalankan, 97.9 peratus responden menyatakan sokongan terhadap perkhidmatan IMBRT atau bas teknologi hijau yang bakal beroperasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply