ARKIB

KATEGORI

Buletin

BSH acah model baharu, Honda Vario 125 ke?

Foto Acah

Views

Akaun Facebook rasmi Honda Motorcycle Malaysia semalam telah menyiarkan satu foto acah sebuah model motosikal baharu yang bakal membuat kemunculan pada 12 Mac (Ahad ini) bersempena Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Dataran Sri Jempol.

Jika diteliti pada foto lampu belakang yang disiarkan itu, ia lebih kelihatan seperti sebuah skuter. Rekaan lampunya mirip Vario 150 yang pernah dijual di pasaran tempatan sebelum ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Walaubagaimanapun, pengeluaran model tersebut telah dihentikan selepas pihak Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model serba baharu, iaitu Vario 160.

Model Vario 125 sebenarnya turut berkongsi pelantar dan reka bentuk yang sama dengan Vario 150. Ia dikuasakan oleh enjin empat-lejang 124.8 cc sejukan cecair dengan suntikan bahan api PGM-Fi.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Enjin ini digandingkan bersama dengan transmisi automatik V-Matic. Rangkaian kuasa ini mampu menghasilkan sebanyak 11 kuasa kuda pada 8,500 rpm dan 10.8 Nm daya kilas pada 5,000 rpm.

Vario 125 telah pun memasuki pasaran di beberapa buah negara, antaranya di Indonesia. Model ini dijangka menggantikan sebuah lagi model skuter, iaitu BeAT yang boleh dikatakan agak lama berada di pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit aripitstop.com

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply