ARKIB

KATEGORI

Tular

Buang sampah dalam sungai, pemandu lori ditahan

Tular

Views

Pemandu lori yang dirakam dalam video tular memaparkan tindakannya membuang sampah ke dalam sungai dekat Pontian, sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata lelaki tempatan berusia 52 tahun itu ditahan di bandar Pontian kira-kira 7 malam tadi, lima jam selepas usaha mencarinya dibuat.

Jelas beliau, pihaknya cuba mengesan suspek selama lima jam termasuk di rumahnya tetapi tiada sehinggalah berjaya menghubungi dan menemuinya di kawasan bandar Pontian.

Apabila berjaya ditemui dan ditahan, mereka membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dan menjalankan pemeriksaan serta siasatan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan mendapati dia mempunyai banyak rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada acara pelepasan (Flag Off) Konvoi Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru, hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 36 saat memaparkan seorang pemandu lori memberhentikan sebuah lori satu tan sebelum memikul sampah daripada kenderaan berat itu dan membuangnya dari atas jambatan Sungai Wak Rabun Batu 33, Pontian.

Tindakannya itu dirakam orang awam sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kamarul Zaman berkata, Onn Hafiz kemudian menghubungi beliau dan meminta pihak polis membantu mengambil tindakan. Beliau kemudian mengarahkan Ketua Polis Daerah Pontian untuk mengambil tindakan mengesan suspek.

Kamarul Zaman berkata, suspek yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan dan diambil tindakan kompaun mengikut Rule 52 LN 166/59 selain memandu tanpa lesen GDL.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jelasnya, perbuatan itu (membuang sampah dari kenderaan) adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan saman atau kompaun sehingga RM2,000. Difahamkan, lori milik suspek itu dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut.

Selain itu, beliau berkata, polis turut bekerjasama dengan pentadbir sungai di Johor iaitu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang turut menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang mereka.

Katanya, SWCorp juga akan menyiasat dan pihaknya sudah berbincang dengan mereka, SWCorp juga akan mengambil tindakan dan mengenakan kompaun sehingga maksimum RM10,000.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, suspek mendapat bayaran daripada kerja mengutip sampah dari kilang dan tempat pembuangan sampah dan sampah dikutip sepatutnya dibuang di tempat khas, namun suspek bertindak mengambil jalan mudah.

Tambah beliau lagi, pihaknya sudah menahan suspek dan memberikan nasihat, dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Mungkin sebelum ini dia pernah berbuat demikian namun tidak dilihat oleh orang awam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply