ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat aksi ‘wheelie’ lepas hantar juadah berbuka, kantoi bawa pil kuda

Berita Tempatan

Views

Aksi ‘wheelie yang dilakukan seorang lelaki lengkap berbaju Melayu di Jalan Pangkal Kala, Pasir Mas, memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa, semalam.

Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 23 tahun itu baru selesai membuat penghantaran makanan untuk berbuka puasa kepada pelanggan dari kedai makan yang diusahakan ibunya.

Turut ditemukan bersama lelaki itu adalah sebiji pil kuda yang dibungkus dalam kerajang aluminum dan disimpan dalam kotak rokok.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, tangkapan dibuat pada 6.30 petang dalam Op Samseng Jalanan.

Ketika pemantauan dibuat di sekitar Jalan Pangkal Kala menghala ke Gelang Mas, seorang penunggang dikesan melakukan aksi ‘wheelie‘ dengan mengangkat tayar hadapan motosikal.

Pasukan tangkapan berjaya menahannya di Jalan Bechah Semak dan pemeriksaan di tubuh lelaki itu menemui sekotak rokok di mana di dalamnya terdapat satu kerajang aluminium mengandungi sebiji pil kuda.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Shuhaimi berkata, lelaki itu bersama motosikal Honda C70 miliknya dibawa ke Balai Trafik Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam operasi bermula 5 petang hingga 10 malam itu, sebanyak 35 motosikal diperiksa dengan 29 saman dikeluarkan.

Kesalahan yang paling banyak dikesan adalah tidak memakai topi keledar iaitu 10 saman diikuti sembilan kes tiada lesen memandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply