ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat aksi ‘zig-zag’ – Empat sudah ditahan termasuk seorang pelajar sekolah ditahan

Berita Tempatan

Views

Empat lelaki termasuk seorang pelajar sekolah ditahan polis dipercayai antara tujuh individu yang sebelum ini menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial baru-baru ini.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Trafik Port Dickson dengan kerjasama pegawai dan anggota Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah telah menahan empat penunggang motosikal itu yang berusia 17 hingga 18 tahun.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Kata beliau, kesemua suspek ditahan pada pukul 1 hingga 4 pagi di lokasi berasingan di kawasan Bukit Rambai dan Cheng Melaka.

Salah seorang daripada suspek yang ditahan merupakan pelajar sekolah manakala tiga lagi merupakan pekerja kurier dan operator kilang.

Jelas Aidi Sham, keempat-empat suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini di IPD Port Dickson bagi siasatan lanjut.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan bahaya.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara kurang lima tahun dan denda RM5,000-RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lebih lima tahun.

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, pihak polis sedang berusaha mengesan baki tiga lagi penunggang motosikal yang dikenali sebagai ‘Upa’, ‘Darwisy’ dan ‘Afiq’ yang terlibat dalam rakaman video yang tular.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply