Pelawak Amir Raja Lawak berkongsi kegembiraan berjaya memiliki kereta baharu hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.
Harian Metro melaporkan, menerusi perkongsian di media sosialnya, Amir, 34, memuat naik gambarnya bersama kenderaan jenis Perodua Alza.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
“Alhamdulillah, rezeki pembukaan tahun 2023. Terima kasih yang support (menyokong) saya beli Air Jagung Amirreka HQ dan kongsi rezeki shooting (penggambaran) dengan saya.
“Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya. “Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki, sihat selalu, disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses, aamiin ya mujib,” tulisnya.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi ketika dihubungi berkata, dia sudah lama menyimpan wang untuk membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
“Saya menyimpan duit dari dulu, cuma baru sekarang ada rezeki boleh beli kereta baharu ini. “Rezeki untuk bawa keluargalah sebab kereta ini ada banyak kerusi dan kemudian boleh buat berniaga juga sebab luas.
“Apapun kereta ini bukan bayar tunai, tapi dibayar bulanan juga. Saya pun tunggu lama macam orang lain dan tiada keistimewaan,” katanya yang membuat tempahan sejak Julai tahun lalu.
Terdahulu pada hujung Disember lalu, Amir berkongsi kehadirannya ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk membayar zakat tahun 2022. Ia ternyata mendapat pujian masyarakat dan ramai yang mendoakan agar dia semakin dimurahkan rezeki.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit amirrajalawak
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI