ARKIB

KATEGORI

Buletin

Budak tiga tahun buka kotak paling besar berisi trak Volvo VNL

Views
The new Volvo VNL - World’s largest unboxing starring 3-year-old Joel

Fulamak! Bertuah sungguh budak ni kan? Kalau kita berada kat tempat dia memang tak tidur malam la jawabnya sebab terlampau teruja. Biasanya kita tengok video buka kotak (unboxing) gajet atau barang-barang kan? Yang ni memang tahap Gaban, sebab dapat buka kotak yang ada Optimus Prime versi real punya! Siap dapat pengiktirafan Guinness World Record lagi untuk sesi buka kotak paling besar setakat ini.

Jom kita tengok video adik Joel Jovine, berusia tiga tahun yang dijemput oleh Volvo Trucks untuk membuka kotak yang berisi trak Volvo VNL. Volvo Trucks siap buat kotak mainan besar gedabak untuk sumbat trak bersaiz 72 kaki panjang tu lagi. Kalau nak tengok macam mana muka teruja budak ni, layan video kat atas sampai habis tau.

Lawa pulak kepala trak Volvo VNL ni kan? Kat Malaysia macam takde jual je.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply