ARKIB

KATEGORI

Tular

Bukan setakat khatib titipkan doa semasa khutbah Jumaat, Perodua turut cari Abang Viva?

Tular

Views

Nama insan berhati mula, bernama Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Viva‘. bukn setakat menjadi ‘sohor kini’ di laman sosial, malah semalam ada ciapan di laman Twitter mengatakan, khatib turut mendoakannya dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid lain, termasuk di Masjid Negara.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Kisah tersebut diceritakan oleh pemilik akaun Twitter @rafiquemuzhaffa.  Katanya, semasa membaca doa “Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja“, seluruh jemaah masjid mendoakannya.

Bukan itu sahaja, Abang Viva turut dikatakan sedang dicari oleh pihak Perodua. Ciapan tersebut telah dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @ushardaniele yang meminta sesiapa yang mempunyai nombor telefon Abang Viva kerana dia memerlukannya segera kerana pihak Perodua ‘sedang mencari’ pemuda tersebut.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Abang Viva kini dikatakan sedang berada di Temerloh bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Kisahnya tular di media sosial kerana sanggup memohon cuti dari majikannya, dan hanya berbekalkan ‘wang saku’ sebanyak RM50 untuk membantu mangsa banjir.

Terbaik Abang Viva, semoga dipermudahkan urusannya untuk membantu mangsa banjir yang sedang berada dalam kesusahan. Agak-agak apa tujuan Perodua nak cari Abang Viva ye? Nak ‘hadiahkan’ kereta baharu ke? Kita tunggu kenyataan media dari Perodua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply