ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buli jalan raya, pemandu dan penumpang Toyota Vios putih ditahan polis

Tular

Views

Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian aksi buli jalanan di Kilometer 20.9, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dari Teluk Kemang menghala ke Seremban pada 28 April lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, video kejadian berdurasi sembilan saat itu turut tular di media sosial selepas terkesan melalui aplikasi Facebook oleh pemilik akaun ‘azamaziz‘.

Menurutnya, susulan daripada itu, polis Port Dickson telah melaksanakan tangkapan terhadap dua lelaki.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ia bersabit siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu dengan gopoh di jalan awam.

Tambah beliau, kertas siasatan selari juga dibuka di bawah kesalahan trafik iaitu seksyen 336 Kanun Keseksaan, seksyen 26, 42, 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan juga Kaedah 50 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Ujarnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan tuduh ke atas salah seorang suspek iaitu seorang lelaki berusia 23 tahun telah diperoleh.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini (Rabu) di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu dengan gopoh di jalan awam dan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Dalam pada itu, Aidi Sham turut menasihati orang ramai agar tidak mencetuskan kegusaran awam dengan menularkan video tersebut lagi serta meninggalkan komen-komen yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Perbuatan penyebaran yang tidak bertanggungjawab sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis memohon kepada pemilik akaun Facebook, pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan yang terlibat dengan kejadian tersebut termasuk saksi yang melihat kejadian supaya hadir ke Balai Polis Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply