ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bunyi hentakan mesin cerucuk ECRL hantui 3 keluarga hingga mengalami stres

Berita Tempatan

Views

Pencemaran bunyi yang dahsyat dialami tiga keluarga dan pekerja sebuah kilang di Kampung Bak-Bak, Maran, gara-gara bunyi hentakan mesin cerucuk projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Menurut wakil penduduk Zakiah Abd Aziz,39,  projek pembinaan jambatan hanya 10.1 meter dari rumah kediaman dan kilang menyebabkan penduduk mengalami pencemaran bunyi keterlaluan dan gangguan debu sejak sebulan lepas.

Katanya, projek dilaksanakan dari pulul 6.30 pagi sehingga 10.30 malam malah ada melebihi had waktu sangat mengganggu kehidupan harian. Tambahnya, ibu mereka Zauyah Ahmad, 61, terpaksa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HoSHAS) kerana mengalami stres terlampau. Selain itu, mereka juga bimbang juga kesan bunyi terhadap ahli keluarga termuda berusia 18 bulan.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Zakiah yang juga seorang usahawan Bee Herbs telah mengadu hal ini kepada beberapa pihak khususnya ketua projek ini bagi mencari mekanisma bagi mengatasi masalah pencemaran bunyi tetapi tiada tindakan konkrit dilakukan. Menurutnya, pihak pemaju ada meletakkan mesin pengesan bunyi yang kononnya untuk mengetahui skala pencemaran bunyi ketika kerja-kerja dilakukan oleh pekerja.

Namun demikian, dapatan data itu boleh dimanipulasi oleh pemaju dan mereka mahu mesin itu diaktifkan semasa kerja-kerja penanaman cerucuk pada waktu puncak. Tambah Zakiah, dia telah mengupah peguam mewakili keluarga bagi mendapatkan gaji rugi dan faedah daripada pencemaran bunyi terlampau yang mengganggu emosi mereka sepanjang hari.

Selain itu kilang Bee Herbs Production yang diusahakan dalam kawasan sama terpaksa ditutup sejak sebulan kerana pekerja terganggu dan tidak tahan dengan bunyi hentakan cerucuk itu. Zakiah berkata, masalah mereka akan berlanjutan sehingga lebih tiga tahun sepanjang projek ini berjalan dan selepas itu gangguan akan berlaku setiap kali keretapi melalui kawasan ini.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Katanya, mereka bimbang kehilangan pendengaran akibat bunyi bising dalam tempoh lama untuk terutama membabitkan golongan kanak-kanak dan warga emas. Ujarnya, komplikasi itu boleh bersifat sementara atau kekal, menjejaskan satu atau kedua-dua telinga dan memberi kesan kepada semua peringkat umur.

Kesan kesihatan akibat pendedahan bunyi bising yang melampau boleh menyebabkan kerosakan telinga secara langsung malah memberi kesan buruk kepada kesihatan secara tidak langsung. Tambahnya, projek yang hanya 10.1 meter dari rumah kediaman turut menyebabkan dinding rumah retak dan tanah mendap.

Sementara itu, Pengetua Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah Kampung Sungai Ling, Azizah Khatib Mat berkata, projek ECRL yang melalui maahad ini turut menyebabkan kesan debu yang teruk kepada penghuni.
Katanya, lori yang berulang-alik mengambil pasir sungai berhampiran maahad ` meninggalkan` kesan debu kepada bangunan berdekatan sekali gus menjejaskan kesihatan penduduk seperti batuk, sakit tekak, dan mata.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply