ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cabaran Nissan Green Drive Hole-In-One 2013 dilancarkan!

Views

Photo 1 - Irons for the Champion

Cabaran Akhir Nissan National Hole-in-One kali ke-14 dilangsungkan baru-baru ini. Seramai 78 orang peserta yang layak selepas cemerlang di 60 buah kelab golf yang mengambil bahagian di seluruh negara, berjaya menamatkan cabaran golf 18 lubang di lapangan The Lakes.

Dianggarkan sebanyak 2.1 juta percubaan hole-in-one telah dilakukan pada tahun 2012. Akhirnya, hanya seorang yang berjaya muncul daripada kumpulan elit 78 pemain ace sebagai ‘Achiever of Achievers’ pada Sabtu lalu.

Setelah menempuh perlawanan 18 lubang dengan format Stableford yang mencabar, ahli Kelab Darul Ehsan, Hj. Ibrahim bin Hj. Kassim dinobatkan sebagai pemenang apabila mengumpul 41 mata. Baginya, nasib memang menyebelahinya untuk kali kedua kerana ini merupakan kemenangan kedua beliau di Rahman Putra. Selepas datang untuk kali kedua dalam tempoh lebih dua dekad.

Ibrahim yang merupakan seorang pesara dan bermain golf empat kali seminggu layak apabila berjaya melakukan ace dengan satu pitching wedge pada Julai lalu di Lubang ke-4 di KDE, sejauh 110 meter.

“Ini adalah hole-in-one ketiga dalam hidup saya. Hole-in-one yang pertama berlaku di Seremban International Golf Club, sementara kali kedua pula diperoleh di Sandakan Golf Club di Sabah,” kata Ibrahim yang merupakan seorang pesara tentera dan telah bermain golf sejak 30 tahun lalu.

Sebagai salah satu pertandingan golf amatur paling lama dianjurkan dalam negara, Nissan Hole-in-One Challenge telah membantu mempromosikan intipati sebenar sukan golf dalam kalangan pemainnya dan rakan-rakan perniagaan.

Rakan dan penaja bersama acara Nissan Hole-in-One Challenge termasuklah AXA-Affin General Insurance Berhad, Berjaya Sompo Insurance Berhad, Lonpac Insurance Berhad, MSIG insurance Berhad, Progressive Insurance Berhad, RHB Insurance, Tokio Marine Insurance Berhad, Allianz General Insurance Company Malaysia Berhad, Senheng, V-Kool dan Business Today.

KEPUTUSAN AKHIR (10 Teratas)

Kategori Cemerlang
(Hadiah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motors, Tan Keng Meng)

1. Hj. Ibrahim bin Hj. Kassim – 40 mata
2. Mohd Azmi – 39 mata
3. Too Cheng Leong – 39 mata OCB
4. Lee Wei Xun – 38 mata
5. Mohd Zakhi Yahya – 38 mata OCB
6. Cheah Yock Chuen – 36 mata
7. Hui Kee Meng – 35 mata
8. Mohd Aidil Hakim – 34 mata
9. Leong Chee Yew – 33 mata
10. Wan Mohd Uzairi – 33 mata OCB

Kategori Jemputan
(Hadiah disampaikan oleh Pengarah Perolehan Edaran Tan Chong Motors, Teong Seng Kiang)

1. Lee Wai Mun  – 44 mata
2. Abdul Halim – 42 mata
3. Aziz Hassan – 40 mata
4. Lau Lai Soon – 39 mata
5. Jason Yong Poh Wai – 38 mata
6. James Hew Yuen Fatt – 38 mata OCB
7. Abdul Karim Mohd Derus – 37 mata
8. Gary Ng – 35 mata
9. Tho Tuck Wah – 34 mata
10. Derrick Yong – 33 mata

Pemenang-pemenang khas
(Hadiah disampaikan oleh Dennis Tan daripada V-Kool)

Paling hampir dengan pin: Mohd Zaki Bin Yahya 5’4”
Paling hampir dengan garisan: Mohd Yusof Nor 9”
Drive paling jauh: Mohd Azmi bin Mahmud 247 Meter

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply