ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cadangan lesen dan plat basikal tidak pernah dibincangkan di peringkat Kementerian – Wee Ka Siong

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran terbaharu di laman Facebooknya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong memberi respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa setiap basikal di negara ini perlu didaftar dan dilesenkan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor.

Beliau ingin menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat Kementerian. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menafikan sama sekali untuk melaksanakan cadangan seperti itu malah cadangan ini juga tidak pernah dibangkitkan kepada beliau.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Katanya, banyak lagi faktor perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh MOT bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki. Setakat ini, sebarang komen yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagaimana yang dilaporkan media hari ini tidak menjadi dasar sehinggalah melalui pelbagai proses seterusnya mendapat kelulusan Menteri.

Tambah beliau, agensi-agensi di bawah MOT perlu membuat kajian menyeluruh atau cadangan untuk analisis dan pertimbangan pengurusan kanan MOT termasuk Pejabat Menteri sebelum proses dimulakan bagi melaksanakan apa-apa dasar di bawah bidang kuasa MOT. Semua pengumuman polisi pramatang adalah dilarang tanpa persetujuan Menteri.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Dari segi keselamatan penunggang basikal, MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS terus mempromosikan program advokasi keselamatan dengan penggemar sukan berbasikal dan persatuan-persatuan yang berkaitan secara berterusan, begitu juga dengan semua pengguna jalan raya lain.

Program berkaitan keselamatan ini juga akan dibincangkan dan dikemas kini semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya yang akan diadakan pada bulan ini. Dalam masa sama, beliau juga ingin menasihatkan kepada semua penunggang atau penggemar sukan berbasikal supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika berbasikal di jalan raya kerana ia turut terikat di bawah peraturan-peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply