ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cadangan lupus kenderaan lebih usia 10 tahun masih belum sesuai – Wee Ka Siong

Berita Tempatan

Views

Cadangan supaya kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun dilupuskan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini.

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata dasar sedemikian jika mahu dilaksanakan memerlukan kajian terperinci di samping kesediaan dan kemampuan rakyat negara ini.

Katanya, setakat ini terdapat lebih 34 juta kenderaan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun hanya 22 juta sahaja yang aktif memperbaharui cukai jalan.

“Kerajaan sentiasa dengar pandangan dan idea pakar, namun dasar supaya melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.

“Penyelesaian isu kesesakan di jalan raya kita bukan itu sahaja (pelupusan kenderaan lebih 10 tahun) kerana ia memerlukan pendekatan holistik dan menyeluruh.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

“Jika dasar ini mahu dilaksanakan, kita terlebih dahulu perlu ada jaringan pengangkutan sempurna termasuk di luar bandar dan kampung, namun ketika ini pun jaringan lengkap projek Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang masih belum siap dibina,” katanya.

Ka Siong berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle KTMB JB-Singapura di JB Sentral, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin.

Khamis lalu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilaporkan menyarankan beberapa mekanisme bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota.

Kumpulan pakar diketuai oleh Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail dilaporkan mencadangkan supaya kenderaan di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun dilupuskan supaya tidak berada di jalan sekali gus bertujuan menyeimbangkan jumlah antara kenderaan baharu dan lama di atas jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, hasil daripada penelitian dilakukan pihaknya mendapati majoriti daripada 12 juta kenderaan tidak aktif di atas jalan raya dan tidak memperbaharui cukai jalan kerana kenderaan lama, terdapat pemilik atau pewaris yang hendak menyimpan nombor pendaftaran kenderaan lama di samping hanya menggunakan kenderaan itu di kampung.

“Kita ada data, siapa tidak bayar cukai jalan tetapi sistem yang lebih menyeluruh diperlukan bagi mengenalpasti kenderaan aktif dan tidak aktif ini. Kemudian bila sudah ada sistem yang lengkap, kita akan lihat secara terperinci punca sebenar kenderaan tidak aktif ini.

“Banyak lagi perkara perlu diteliti jika mahu melaksanakan sebarang dasar besar termasuk pelupusan kenderaan melebihi 10 tahun kerana isu berkenaan cukup kompleks meskipun terdapat banyak negara yang sudah membuat dasar itu termasuk Singapura.

“Jika hendak dilaksanakan, dasar automotif negara perlu dilihat semula kerana dasar itu menggalakkan pemilikan kenderaan buatan Malaysia,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply