ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Cakar Ayam Seorang Doktor : Pedal Aluminium

Views

Lampu trafik bertukar hijau, dan sebelum sempat aku menekan pedal minyak, kereta di belakang telah menyondol bontot kereta aku. Kuat juga dentumannya. Sakit leher aku, nasib baik tak dapat whiplash injury. Tapi, lagi sakit hati aku.

“Bro! Lampu baru je hijau, kenapa tak sabar sangat nak jalan?”
“Maaf, bang. Saya terlepas klac, licin.”
“Licin?”
“Pedal saya aluminium, selipar saya terlepas dari klac.”

Adik-adik sekalian,
Tahu tak kenapa pedal kereta diperbuat daripada getah? Ya! Ia untuk mengelakkan daripada kaki awak tergelincir daripada pedal. Jadi kenapa perlukan tukar pedal tu kepada pedal aluminium?

Cantik? OEM aluminium pedal?

mx-5-aluminium-clutch-and-brake-pedal-set-2

Bukan ada orang nak jenguk pedal kau tu. Pelumba kereta professional tukar pedal mereka kepada pedal aluminium OEM bukan kerana ia cantik. Pedal aluminium memudahkan mereka membuat penukaran gear secara heel-toe. Itu pun mereka mengimbangi keburukan modifikasi itu dengan kasut yang direka khas untuk memandu. Bukan guna pedal aluminium ketika pakai selipar yang tapaknya dah haus. Lagipun, memakai selipar ketika memandu kenderaan adalah salah disisi undang-undang jalanraya Malaysia. Berkaki ayam ketika memandu pun salah.

Kalau kau tak tahu apa itu heel-toe shifting, lagilah tak perlu kau tukar pedal kau tu. Membazir duit sahaja lakukan sesuatu semata-mata kerana ikut-ikutan. Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung. Ikut sahaja ditarik ke mana tapi destinasinya tak tahu.

“Berapa kau nak ganti ni?” tanyaku.
“Ni sahaja saya ada” ujarnya sambil menunjukkan isi perut dompet dia. Dua keping RM5 dan beberapa kad; kad pengenalan, lesen memandu, kad pelajar dan kad bank.

Alahai!

Kalau kau berdegil juga mahu tukar kepada pedal aluminium, maklumlah darah muda, jangan lupa pakai kasut dan bawa duit berkepuk-kepuk dalam dompet. Jadi kalau kau langgar orang, senang nak bayar ganti rugi!

Modifikasi kereta tak salah, namun pastikan ia bermanfaat dan tidak berbahaya. Utamakan keselamatan.

#cakarayamseorangdoktor

Kisah ini adalah nukilan daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan atau lebih dikenali dengan panggilan Chaku. Doktor yang sangat aktif menulis dan melukis di media sosial ini merupakan pengasas Group Facebook Autostylista, penulis buku “Cakar Ayam Seorang Doktor”, ahli Medical Mythbusters Malaysia (pembanteras mitos perubatan) dan juga ahli MedTweetMY (kumpulan advokasi kesihatan). Terima kasih Doktor sebab sudi kongsi kisah ini bersama kami.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply