ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO: Cara pengiraan cukai bagi kereta CBU & CKD

Info

Views

Artikel ini mengenai pengiraan cukai. Kalau nak tau struktur cukai, anda boleh rujuk maa.org.my. Kalau nak kira cukai kenderaan import dengan lebih mudah, layari kiraduti.com.

Pasal pengiraan, ada pada PDF di bawah beserta harga CBU docket price Kastam. Secara ringkas pengiraan adalah seperti berikut :

Cara Pengiraan untuk CBU & CKD bukan bawah ASEAN CEPT bagi 1800cc ke bawah (kereta)

Nilai CIF x Duti Import (30%) = Kadar Duti Import (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM)) x Duti Eksais (75%) = Kadar Duti Eksais (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Kadar Cukai Jualan (RM)

Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM) +Cukai Jualan (RM) = Harga Kos Kereta dengan cukai

Harga Kos Kereta dengan cukai + keuntungan dealer = Harga Jualan (bukan atas jalan)

Harga Jualan (bukan atas jalan) + Harga aksesori tambahan + Pendaftaran + Insurans = Harga kereta atas jalan (OTR price)

Cara Pengiraan bagi CBU,CKD ASEAN CEPT dan Tempatan bawah 1800cc(kereta)

Nilai (tempatan tanpa CIF, CBU & CKD dengan CIF, *sila rujuk harga doket Kastam) x Duti Eksais(75%) = Duti Eksais (RM)

(Nilai+Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Cukai Jualan (RM)

Cara pengiraan selepas itu, sama macam CBU & CKD di atas untuk mendapatkan OTR Price.

NAP telah dilaksanakan sejak 2005 & sejak 2009, rebate 50% pada Duti Eksaiss kereta tempatan telah dihapuskan(dipanggil Non Tariff Barier ketika itu). Sejak 2009, mana-mana kenderaan CBU atau CKD yang datangnya dari negara ASEAN, Duti Import telah dihapuskan(yg dipanggil Tariff Barrier) dan sejak 2010, Malaysia dah AFTA sepenuhnya bagi kenderaan. Cuma untuk CBU & CKD bukan negara ASEAN, malaysia masih lagi mengenakan Tariff Barier, tapi telah berkurang kepada 30% CBU & 10% CKD dan masih tidak mengikuti kehendak WTO yang kereta CBU & CKD bukan negara ASEAN untuk di hapuskan Tariff Barier.

Kereta PROTON pasaran Thailand dikenakan 20% Duti Import oleh kerajaan Thailand kerana Malaysia tak ikut AFTA, tapi sejak 2009@2010 ke atas, ia telah dihapuskan kerana kerajaan Thailand telah berpuas hati dengan akuran Malaysia terhadap AFTA. Boleh rujuk akhbar-akhbar lama kat arkib.

Untuk pengetahuan semua, Hyundai Sonata 2.0 dengan cukai hanyalah dalam RM75,000 sahaja, tetapi harga jualan bukan atas jalan dalam RM131,000 kerana profit dealer.

Di Langkawi, hanya Duti Import (Duti Import & Duti Eksais Import) dan Cukai Jualan dihapuskan. Boleh semak harga docket kastam dengan harga jualan kat Langkawi kalau nak tahu berapa profit mereka ambil. Manakala kenderaan tempatan yang dieksport dari Semenanjung masih lagi dikenakan Duti Eksais Tempatan, hanya dikecualikan Cukai Jualan. Ada dalam Akta Kastam 1967 & 1976 dalam laman web Kastam & MITI.

Walaupun kadar Duti Eksais Import dan Tempatan sama, tetapi kena perhatikan terma yang digunakan, wujudnya perkataan import pada Duti Eksais kereta Import. Terma dalam undang-undang memang “complicated” unttk difahami kecuali anda pernah belajar undang-undang, akan paham betapa kompleksnya penggunaan istilah itu.

Artikel dari bro Mat

DUTIES & TAXES ON MOTOR VEHICLES
A) Motor Cars (Including Station Wagons, Sports Cars and Racing Cars)
IMPORT DUTYLOCAL TAXES
CBUCKDMSPCBU & CKD
Engine
Capacity (cc)
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
 < 1,800
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
75%
10%
 1,800 – 1,999
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
80%
10%
 2,000 – 2,499
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
90%
10%
 Above 2,500
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
105%
10%
B) Four Wheel Drive Vehicles
IMPORT DUTYLOCAL TAXES
CBUCKDMSPCBU & CKD
Engine
Capacity (cc)
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
 < 1,800
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
65%
10%
 1,800 – 1,999
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
75%
10%
 2,000 – 2,499
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
90%
10%
 Above 2,500
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
105%
10%
C) Others (MPV & VAN)
IMPORT DUTYLOCAL TAXES
CBUCKDMSPCBU & CKD
Engine
Capacity (cc)
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
 < 1,500
30%
0%
NIL
0%
NIL
n.a
60%
10%
 1,500 – 1,799
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
65%
10%
 1,800 – 1,999
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
75%
10%
 2,000 – 2,499
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
90%
10%
 Above 2,500
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
105%
10%
D) Commercial Vehicles
IMPORT DUTYLOCAL TAXES
CBUCKDMSPCBU & CKD
 ClassMFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
 All
30%
0%
NIL
0%
NIL
n.a
NIL
10%
Notes :
MFN = Most Favoured Nation
MSP = multi-sourcing parts
n.a = not applicable.

Fail-fail PDF sebagai rujukan :

download_4

gazet_CBU_import-pindaan2009

PERINTAH KASTAM (NILAI-NILAI KENDERAAN MOTOR PASANG SIAP YANG DIIMPORT ) (TERPAKAI) 2010

pricelist

* kalau tak berapa faham & jelas bro Mat akan tolong jelaskan pada ruangan komen nanti, harap maklum… 🙂

Jika anda mengira cukai/duti kenderaan import dengan lebih mudah, layari kiraduti.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

92 Comments


  • ada lg fail2 yg xdpt nak attach,dah try hantar email kat bro campro,tp error. Xpelah,nanti diusahakan. Sebenarnya, byk sgt fail dlm kastam malaysia, tp hanya pilih yg latest n yg senang nak paham. Yg lain bleh dload sendiri utk bacaan sendiri. Yg rega omv dr singaporepun dh ada, so,bleh tau rega exo m-line auto dlm rm32k jek tanpa cukai n tanpa dealers profit.


  • Bro Mat,

    Saya teringat member Kastam saya cakap, ‘Harga jualan = (harga kereta + cukai import) x cukai jualan. Macam tu ke secara ringkas?

    Dia cakap duti = eksais = tax..bunyi je lain. Fungsinya sama, semuanya kena bayar kat Gov. Ke camne?


  • lepas ni yg selalu kata harga kereta import mahal sbb proton mungkin bleh fikirkan balik ape yg diorang kata….yg kebanyakkanya cakap tanpa fakta yg kukuh dan hanya mendengar dan buat judge ikut kata hati…heeemmm…


  • bro fridzmaz, duti,cukai@eksais adalah jenis tax saje, sume adalah cukai. Cume istilah jek guna lain. Yg pengiraan rega jualan yg member ckp tuh ada kesilapan ckit.
    Rujuk yg saya tunjuk kat atas,tuh amik dr akta duti eksais dr kastam sendiri.
    Ada paperwork ap,tp xleh nak papar coz xda green light. Tp camtulah perkiraannya.

    Hrp perkongsian ini dpt buka mata n kepala kita bagaimana toyota,honda, hyundai n kia amik keuntungan yg tinggi


    • Saya pun dah tak berapa ingat. Bidang percukaian ni bukan bidang saya. Cuma tahu bab Prohibition of Import je. Bro Mat, ni ambil dari buku merah ke?

      Peugeot yang saya tahu CKD tanggal tayar.
      Hyundai, Ford dan ape2 yg bersangkutan dgn SD semuanya mahal. Harakahdaily ada quote, Hyundai, local content paling sedikit, eksais duty paling sedikit tapi harga jualan yang tak patut.

      Oleh sebab itu saya secara peribadi tidak meminati model keluaran SD. (Rumah pun mahal. Cis…)


  • sebab tu member aku taknak kerje SA proton atau perodua sebab duit masyuk kurang walau jual byk pun… tp kerje dgn dealer kereta dari luar jual 2 3 bijik je pun dah dpt duit masyuk byk….


  • sebab tuh camne rega mazda2 n fiesta cbu sama jek ngan vios ckd coz mazda n ford dah ikut struktur cukai sepatutnya. Yg malaun satu lg,duk enjoy profit coz org malaysia masih lg terbuai ngan cukai 300%. Tgk pug 308 156thp, c segment, sama ngan civic n altis 2.0,tp rega jauh lg murah coz dh ikut tax stucture yg sebenar.

    Mcm aku tgk persidangan parlimen, ada satu puak dah ckp, protection prtn dah berkurang sgt2,bleh katakan dah hampir tiada, tp satu lg puak, duk bombang2 pasal tax 300% lg. Itu yg aku musykil,kata nak perintah negara satu hari nanti, tp x cakna pasal perkembangan terkini,masih amik fakta atas langit. Camne nak jadi pemerintah.(ini sekadar renungan, aku xsokong mana2,cume bg aku,yg betul,ttp betul,yg salah,tetap salah,mgkin sbb tuh yg fanatik kedua2 belah pihak xsuka aku coz aku neutral, berpaksikan agama n pengetahuan, bukan omong2 kosong ajek)

    tp yg xtahan,perangai org kita yg trime jek bulat2 aper yg dikatakan,xkisahlah belah mana,sama jek. Ada ckp surat khabar harian xtelus, pro yg biru coz ckp sume menda baik2 pasal yg biru, tp bila aku baca akhbar yg satu lg,yg belah sana,sama jek, cite menda baik2 jek pasal diaorng,so,kesimpulannya,sama ajer.

    Cume,kita nih manusia,dikurniakan akal n fikiran, berfikirlah dgn bijak n matang, jgn suka2 trime menda bulat2, itu yg kena tipu ngan geng2 nippon nih :-).

    Kita di funtasticko, byk membincangkan perkara secara ilmiah, berkongsi pendapat, ilmu n informasi berdasarkan fakta2 yg sah. Tp ada yg xsuka,xpelah,smoga satu hari dpt buka mata. Mcm post nih,dah lama dah nak postkan kat funtasticko, dh bertahun rasanya,tp amik masa coz byk ngat menda nak baca n download,terlalu byk. Kita nih bukan keje nih sepenuh masa,so,kena curi masa free jek. Letih oh baca,panjang2,ada sampai beratus muka surat.

    Tp asalkan,dpt perjuangkan hak kita sbgai rakyat malaysia supaya xteraniaya pada masa depan, xpelah.


    • Aduh Encik Mat, nak nangis saya baca. Rakyat Malaysia mcm Mat ni la yg kita mahu. berlandaskn agama, berdasarkan fakta. walaupon aku tak paham duty yg di-explain, tp aku paham pe yg cuba disampaikan. Tahniah bro mat.
      n tq very much.


    • “yg xtahan,perangai org kita yg trime jek bulat2 aper yg dikatakan,xkisahlah belah mana,sama jek. Ada ckp surat khabar harian xtelus, pro yg biru coz ckp sume menda baik2 pasal yg biru, tp bila aku baca akhbar yg satu lg,yg belah sana,sama jek, cite menda baik2 jek pasal diaorng,so,kesimpulannya,sama ajer.” Tang ni aku tak setuju… satu suratkhabar harian arus perdana, satu lagi suratkhabar mingguan politik. Seperti cik Mat kata kalau nak compare kene apple to apple bukannya apple to orange.


      • tapi pada aku xkesahla ko suratkhabar jenis papepon..mana yang baik kene tunjukkan mana yang xbaik jangan disorokkan..pernah x tgk mingguan politik tu bangkang parti politik dia sendiri??semuanyer yg baik2 belaka..aper yg bro mat cuba sampaikan ialah xde bezanya klu kita paku dulang paku serpih..

        kita kene ubah mentaliti supaya kupas sesuatu isu dengan minda yang neutral dulu…semak segala fakta yang kita terima betul ker tidak..baru buat kesimpulan..


    • Bro Mat

      Saya tak la pandai matematik pasal tuh saya pening dengan semua calculation formula nih. Kalau betul protection untuk proton kurang sekarang kenapa harga exora prime kat langkawi lebih mahal dari honda civic 2.0. Bermaksud cukai untuk civic besar bezanya dengan cukai exora.

      Exora Prime Semenanjung 88k
      Exora Prime Langkawi 85k
      BEza 3k?

      Exora Bold Premium beza 2k

      Persona beza 3-4k

      Civic FD2 Semenanjung 135k (lebih kurang)
      Civic FD2 Langkawi 84k
      Beza 51k?

      Avanza S Semenanjung 76k
      Avanza S Langkawi 54k
      BEza 22k

      Kenapa dalam website pengeluar kereta lain ada memberitahu harga langkawi sedangkan proton tidak? Takut rahsia tax bocor?

      FYI Proton Edar kat Langkawi dah bankrup yang tinggal hanya EON. EON satu satunya pengedar kereta yang menjual harga semenanjung dilangkawi.


      • Bro, bro mat dah explain yg kereta proton lbh mahal di lgkawi sebab dikenakan duti eksais tempatan sbanyak 75% manakala kereta import dikeculikan duti eksais. Untuk pengetahuan duti eksais dikenakan sblm kereta keluar dri kilang.


      • Paham dah. Nampak gaya tak leh ler beli kereta Proton ngan Perodua plat KV pasnih. Beza ciput jer. Tapi kerenah birokrasi tinggi bila nak keluar ke semenanjung. Patut la jarang nampak kereta Proton ngan Perodua model baru plate KV.


    • Bro, prinsip kita sama. Yg betul tetap betul, salah tetap salah, walau dari mana sekali pun. Org2 yg taksub ni yg masalahnya, percaya je bulat2 apa yg disuap, pastu tutup mata & hati terus pada sumber2 lain yg dirasa tidak menyebelahi pihak dia. Lagilah senang tipu berbakul2 tak sudah2.. Syabas bro.. mmg kena kasi bukak mata diorg2 yg mcm tu.


  • dahulu ada isu bila dikatakan yg pengimport kereta declare nilai harga kereta dlm proses pencukaian dlm nilai yg rendah bagi merendahkan cukai. Kia Picanto diistiharkan RM8000 sahaja walhal harga sebenar belian di Korea lebih tinggi.


  • maksud local contents@x,bwh nap agak berbeza. Hyudai bayo sama jek tax ngan kete lain, yg beza cume trader’s profit ajek,ada yg amik byk,ada yg amik sedikit. Klu nak tau sedikit sbyk traders profit diaorg amik,tgk rega kete cbu cif, tolak ngan rega jualan kat langkawi,dptlah tgk brp dealer@trader’s profit per car. Xtau mcmmana harakah daily terangkan,tp mgkin kawan2 yg ada copy, bleh kongsi2kan supaya bleh tgk ada beza@x.

    Mmg ada beza ckit semenanjung n langkawi punya profit,tp xbyk ngat.
    N fridzmax,dia ada kuar buku baru bila nap,n yg latest rasanya cetakan tahun 2010 coz ada perubahan. Pasal control import,hanya melalui ap, xbagi diaorg under declare rega, sebab tuh wujud docket price. Docket price hampir sama ngan rega omv kat singapore.


      • nak tgk,kita TT ke bro,bleh lah tunjuk,unless dpt green light,br bleh publish yg tuh.

        Erm, hyundai i10 duti eksais rm700++ jek. Aku xkata yg harakahdaily tu salah, nanti berjuta thumdown aku dpt. Itu gambo tuh upload tahun ni kan,so tertakluk pada sistem cukai yg ada kat atas. Mgkin ada kesilapan dlm menaip kot@dpt dr sumber lain.

        Kita kira senanglah, klu duti eksais 10%=700, maksudnya value cif 7k, tp skrg nih 700=75% dr value cif. So,maksudnya, value cif hyundai i10 adalah dlm rm 1k++.

        Pastuh bro pikir logik @ xlogik n buat kesimpulan sendiri. Aku xmau jawab,nanti org marah.


      • Isu Hyundai i10 tu di-table-kan dalam Parlimen. Rasanya awal tahun lepas kot. Kalau nak confirmkan, kena dapatkan minit mesyuarat Dewan rasanya boleh, tapi segan pulak nak minta daripada kawan.

        Em, declare cif rendah, tax rendah tapi end OTR price mahal…saya memang tak arif perkara ni..btw, saya dah faham maksud bro Mat..


  • good posting! 🙂

    boleh bagi detailed cth pengiraan x? sy xarif bab ni:

    1. saga semenanjung vs saga langkawi
    2. saga semenanjung vs myvi
    3. ckd vs cbu


  • bro mat, satu soalan…adakah benar ramai mengatakan, sebelum kereta luar dapat dijual disini, mereka sepatutnya mendapat approval dari MITI dulu?

    so kereta can be cheap, but MITI decides the final price?
    Is this true?


  • masalah harga value kete tempatan adalah confidential. Yg dapt hanya rega exora m line auto yg kat singapore(rega omv).
    Tp klu ada kawan2 yg foreigners, diaorg bleh mintak senarai rega bwh program mm2h.

    Nak coverline kot,tkt org tau kete tempatan tax dia tinggi. Sama gak ngan ckd, tp senang bandingkan ngan rega omv singapore,xjauh beza.


  • :-), apple ngan apple,orange ngan orange. Erm, klu ikut surat khabar mingguan politik, surat khabar arus perdana, sbb yg belah satu lg xda surat khabar mingguan politik. Andai kata g tukar, surat khabar arus perdana akan diambil oleh yg baru, yg dh turun plak akan kluarkan surat khabar mingguan politik. Alih2,sama jugak. Pasal politik tuh xpenting sgt kat sini ka one 2000.

    Yg penting ialah aper yg nak disampaikan oleh aku. Kita xbleh menerima mana2 andaian@maklumat bulat2, kena gak kaji betul@x,sah @xsah maklumat itu. Yg aku maksudkan yg berkenaan dgn kete. Itu aku amik anologi ajek coz org2 kite byk suka sembang kedai kopi. Sembang kat kedai kopi xsalah, akupun g minum kopi gak :-), yg aku xsuka,cara mereka kat kedai kopi cakap tanpa fakta n asas dr sumber2 sahih.

    Klu baca blog contohnya caradvice.au, klu tgk, cube banding org luar bg komen n komen org malaysia dlm blog tuh,nampak perbezaan cara berkomen.

    Mcm aku ckp sblm nih, kat blog nih, lebih byk membincangkan menda secara ilmiah dr membuta tuli ajek. Aku xkata aku bagus, cume sekadar berkongsi ilmu yg cetek kurniaan Allah.

    Allah bg kita akal utk berfikir. Bercakap tanpa asas mcm fitnah jugak(aku xckp fitnah,cume mcm fitnah coz mengatakan sesuatu yg xwujud@xsama dgn sebenar). Ayat pertama turun pun iqra’,bermaksud bacalah. Hadis pun ckp menuntut ilmu tu fardu(wajib),xkisahlah aper ilmu asalkan xbercanggah dgn agama n akidah.

    Aku malas nak ckp pasal agama panjang2 coz ilmu aku cetek jek, skolah agama setakat tingkatan 5 jek,sempatlah amik sijil menengah agama. So,klu nak panjang2,bleh rujuk pakar.

    Cume nak sampaikan, tuhan bg akal,suruh kita pikir, kepentingan membaca amat tinggi dlm islam,sbb tuh ayat pertama menyentuh tentang membaca.

    Pasal politik,aku xpro mana2 coz bg aku,sama jek mana2,ada pros n cons. Klu ingat aku belah mana2,ko salah. Aku hanya sujud pada tuhan yg satu,bukan manusia. Wasalam


    • “apple ngan apple,orange ngan orange. Erm, klu ikut surat khabar mingguan politik, surat khabar arus perdana, sbb yg belah satu lg xda surat khabar mingguan politik. Andai kata g tukar, surat khabar arus perdana akan diambil oleh yg baru, yg dh turun plak akan kluarkan surat khabar mingguan politik. Alih2,sama jugak. Pasal politik tuh xpenting sgt kat sini ka one 2000.” – Saya tak menghalang awak nak menyokong mana parti hatta kalau awak kata awak non-partisan sekalipun itu bukanlah urusan saya. Lagipun ini bukanlah blog politik. Saya mmg suka kalau orang seperi awak, bila memberi hujah, di sertakan fakta. cuma bila buat berbandingan tu kenalah, adil dan tak perlu lah ada andaian, kerana andaian adalah angappan dan bukannya fakta.


      • oklah ka one2000,aku xbg anologi,aku ckp direct ajek.

        Org kita nih mmg suka percaya menda mengkhinzir tuli ajek. Aku sygkan org2 kita. Asyik jd yg teraniaya. Byk yg xmengkaji. Ikut ajek buta2,klu org ajak buat menda yg ada implikasi pada masa depan pun ikut. Siap bangga lg ckp xkisah kena gantung,asalkan dpt join. Ingat, hadis ckp blajo tuh fardu, klu mati ketika blajo, mati syahid. Tp klu mati krn menda2 yg xpasti,hanya Allah yg tahu, camne?

        Amacam,ok x, xda oren, xda epal. Skadar nak buka mata. Maafler ada yg sensitif. Sorry.


      • em,pasal kete rare,klu grey importer yg bwk,susah ckit, unless manufacturer yg bwk. Klu adapun rega 2nd unit kat kastam.

        Klu ikut jadual kastam 2009,renault clio renault sport (rs) docket price (value cif) dia rm 66769. Ada kat pdf atas tuh, bro bleh download.


  • harga docket kastam,mmg kastam tetapkan tapi bergantung kepada harga manufacturer bg,n biasanya pihak kastam akan kaji sama rega tuh under value@x dgn rega yg declare rantau asean coz kdg2,mmg diaorang masuk rega rendah supaya cukai pun kena rendah,tapi pastu,letak dealer profit kaw kaw coz nak cover balik rega masuk yg rendah. Kat malaysia jek mereka berani buat coz kurangnye tranparensi kastam umum rega value secara public, xmcm singapore n negara lain yg klu tgk kat brochure sendiripun,mcm kat uk, siap tulis satu2.

    Kan bagus klu malaysia buat cam gini,barulah manufacturer takut nak mkan margin tinggi sangat kat dealer coz nanti org tau,org xnak beli kete yg kena charge profit tinggi.

    Tp yg penting, xkisahlah tinggi@rendah, yg jadi mangsa end user@ pengguna.

    Contoh,kete segment d, kete A, value cif 30k, kete B, value cif 60k, tp,on the road price, dua2 140k contoh. Org akan pilih yang mana? Mesti pilih yg B coz u bayo,menda yg u dapat nilai sebenar 60k, dr bayo 140k, tp nilai 30k ajek.

    Mcm aku ckp jugak,terpulanglah nak trime ke@xnak. Klu masih nak ikut khabar2 angin,ikutlah,xda org nak larang,hak masing2. Aku nk perjuangkan hak kita ajek sebagai pengguna. Atleast dpt gak kongsi informasi yg sah dgn org yg sudi.

    Mcm aku ckp,bila bg jek fakta, mesti ada ramai gak yg thumbdown, itulah mentaliti kebanyakan org kita,xleh trime fakta,lebih suka pada menda yg xberasas,asalkan hati dia rasa puas, bukan akal yg amik keputusan. Wassalam.


  • ilp tuh xsilap aku investment linkage program, bg mereka yg nak wat investment yg jd pioneer status kat malaysia. Income tax dia dpt wave rasanya. Mcm lynas.

    Tp klu automotive,xsilap aku bahagian parts2 automotive. Dalam nap framework ada nyatakan menda nih utk automotive. Tp bkn utk automotive ajek,byk menda.

    Tp ni coz cite pasal cukai kete kat malaysia,so,xda byk ngat kaitannya unless toyota nak bukak kilang kete kat sini n vendor2 part dia sluruh asia@asean adalah vendor sini punya.

    Dia dpt waive n incentive utk statutory income tax, n company income tax waive slama bbrp tahun


  • Adakah adil Cukai eksais kereta masih berasaskan kepada kapasiti enjin?

    Contohnya pengecualian segala cukai ke atas kereta hybrid. Hanya kerana dilabel sebagai ‘hybrid’ terus enjoy zero tax. Tapi masih juga kereta hybrid berasap keluar CO2. Dan juga mileage kereta hybrid jika dibandingkan dengan mileage kereta kancil atau kereta berenjin diesel moden tak jauh beza nya.

    Oleh itu, rebat cukai kereta seharusnya berpandukan mileage dan emisi asap CO2 tak kira kereta hybrid atau tidak.

    Ini lebih adil kerana kereta yang jimat minyak dan kurang asap sepatutnya digalakkan dan diberi rebat cukai sifar peratus.

    Cut-off limit hanya untuk kereta petrol di bawah 1,600 cc jika cukai eksais berasaskan mileage dan emisi CO2. Untuk kereta 1,600 cc keatas (penumpang dan komersial) OK lah kerajaan boleh cekup cukai banyak mana pun.

    Tapi kerajaan harus protect pembeli golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang hanya perlukan kereta di bawah 1,600 cc dan budget di bawah RM60K. Ini lah target group yang sepatutnya diberi rebat dan pilihan sebanyak mungkin. Membeli kereta tak sepatutnya menjadi bebanan besar kedua selepas membeli rumah (aset jarang depreciate tak seperti kereta). Untuk elak seleweng, pembeli hanya layak dapat rebat sekali dan tak boleh resell kereta sebelum 5 tahun atau selepas settle loan kereta.

    Negara jiran Thai juga akan kenakan cukai kereta berasaskan mileage dan bukan lagi kapasiti enjin manakala di UK, US sudah lama mengamalkan ujian mileage dan emisi CO2 sebagai garis panduan untuk pelbagai input seperti caj premium insurans, cukai jalan, cukai petrol dll.

    Hah, kereta EMAS bila nak keluar? Tak selamanya rebat cukai eksais kereta hybrid sifar peratus akan kekal(temporary sahaja dan dilanjutkan tempoh) kerana akta kastam, MITI mesti dirombak sepenuhnya di parlimen (undi majoriti) untuk mansuhkan atau pinda cukai kereta nie.


  • bahan yg dibahaskan dlm parlimen,mmg byk,n diminitkan. Mcm2 bahas,kes rambut anak dia xbertudungpun jadi isu kat sana n diminitkan :-).

    Em,bro fridzmax,tgk post atas,ada bg rega cif clio rs.

    Tntg i10, yg 2011 xda lg maklumat, stakat dr 2006-2010 ajek yg cbu coz inipun bila start nap.

    Yg ada dlm data, getz 1.3 5pintu, rega gazet 2006 n tiada pindaan, 24987.

    Hyudai i30 1.6 manual, 19653. Itu rega hyundai bglah.

    Tata nano jual kat india rm8k, ada logik ke i10 7k. Entahlah,wallahua’lam


  • teringat zaman enlightenment di eropah dan hijrah ke madinah, dua2 melambgkan bermulanya titik permulaan ke arah zaman yang gemilang, yg pasti lilmu, pengetahuan dan hikmah mmg tak boleh dipisahkan…


      • Tapi sales man EON kat langkawi cam tak dak ilmu pasal produk proton jer. Ada ker kata proton tuh buat CVT sendri selepas tengok CVT kat Inspira. Aku cakap Punch yang buat dia kata bukan. Tanya Hp pon tak tau. Torque lagi la tak tau. Nak test drive pon tak bagi sedangkan kat tepi exora tuh tulis terbentang TEST DRIVE. Tak dak training ker diorang nih. Dak pon kerap kerap la masuk blog camnih dapat gak ilmu.


      • depa rasa dok kat pulau bebas cukai, bebas untuk keja macam mana pun, bebas nak kelentong, bebas tak mau bagi test drive hahaha gurau2 je


      • tu yg saya pening dengan SA proton nh. nak bagitau mcm nak x nak dengar jer. Tu la, Dok asyik bukak PT jer. mmg x d aper2 la dpt.


  • klu crite pasal memburukkan sana,memburukkan sini,berjela2 org komen,bila kita kgsi ilmu scr ilmiah cam yg dokumen cvt n cukai,xramai,tp ramai yg thumbdown :-).

    Mmg susah nk betulkan minda yg terjajah nih. Mcm adala mamat kat blog lain, duk persoal, xguna klu struktur cukai dah tukar n berkurang, tp rega lebih kurang sama mcm dulu2 gak. Walupun dibgtau,traders profit,kastam xkawal, lantak diaoranglah nak buh berapa. Sbb aper rega xturun, dah bertahun2 org xtaupun cukai dh turun, jualan masih sama. Baik maintain rega,profit lebih. Xkan nak mrh kastam@kerajaan plak pasal profit manufacturer? Klu nak mrh sebab cukai tinggi,mmg salah kerajaan.
    Tp bleh ckp,xkisah coz itu kete jepun.

    Em, mcm ni,mmg mudahlah org kita kena tindas n jajah.

    Xkisahlah kete aper2,yg penting kita ni end user. Cntoh avanza 1.3,tgk rega banding ngan exora kat thailand, mmg lg murah. Tp kat malaysia, dia lebih kurang jek ngan exora, padahal(sila rujuk jadual kat atas), cukai dia byr lg murah coz mpv bwh 1500cc, murah pada local cam alza n exora,tp apsal rega sama jek?malah 1.3 sama cam alza 1.5?

    Brp fridzmax, bwh afta, local contents bukan made in malaysia ajek. Cara kete dinilai bukan atas local content ajek, dikira sebagai cbu, ckd(non asean cept), cbu n ckd (under asean cept), local, msp (nih cam inspira 1st batch.)

    utk dpt title bwh asean cept yg tax nye sama jek mcm local,xkisah cbu@ckd, asalkan ianya dibuat@dikilangkan di negara2 asean.

    Sebagai contoh,Mcm mana vios bleh dpt pdahal ada part buatan jepun?

    Dlm syarat asean cept, dalam satu kete,klu 40% part dibuat@dikilangkan di negara asean, automatik kete itu tertakluk dibawah asean cept, xyah bayo duti import.

    Sbb dlm afta, bukan kete jek,brg makanan, minyak,brg komoditi n etc sume tertakluk dlm afta. Sbb tuh sekarang, klu g servis kat proton, ada brg dtg dr thailand,ada dtg dr singapore,yg tuh sume coz cukai dah sama cam local,so,mana2 vendor local buat xbetul,prtn amik yg luar punya.

    Tp klu nap dijalankan sepenuhnya,sepatutnya tahun ini(jgn konfius afta ngan nap), maka kita dah ikut kehendak world trade organisation@wto, yg barangan yg dtg bukan dr negara asal,hendaklah dicukai sama jek ngan barangan local. Maka,byk brg2 import akan kurang harga(klu diaorg naklah,kdg2 xnak coz nak untung lebih). Spare part savvy pun makin murahlah coz xda duti import :-).

    Tp sume itu bergantung. Kete2 conti akan jd lebih murah dr jepun. Tp hendakke jepun kurangkan rega klu kita masih mentaliti yg sama???


    • mujur la jepun nak kurangkan harga, bagi diskaun atau tambah jangka hayat waranti tu mungkin… sebab kat sini janji brand jepun terutama t & h, mahal pun xpe, diorg boleh bayar punya…


    • ok apa yg aku paham , ada pengeluar kereta imprt isytihar rega krg dr yg sebenar supaya tak payah byr cukai lebih dan boleh cover balik kerugian dgn tambah letak harga dealer kaw2 punya…

      jd keuntungan dealer yg sebenar berbeza antara pengeluar dan semestinya dealer utk kereta import ambil keuntungan LEBIH banyak daripada dealer kereta tempatan


  • jepun tetap jepun… mcm mn pn dia mmg itu lah dia… org kte je… nak cuba benda baru or x… dare to fail or x….nk jd negara maju ikut cara jepun ke us atau eropah… kta sdirii pilih….ke nak ikut haluan kte sendiri…..

    bla baca pasal tax2 nie png pala skit aku… huhuhu… ngan istilah2 yg dia guna pakai.. tp scara kasarnya fhm la apa yg bro mat cuba sampaikn… tq bro mat…


  • so bro fridzmax, local contents dlm harakahdaily tuh saya xpasti aper yg dia maksudkan local contents,adakah yg tertakluk dlm nap@afta? Ataupun local contents yg made in malaysia ajek. So, klu maksudnya yg kedua, maklumat local contents tuh dah xbleh guna pkai utk pentaksiran cukai

    yg lain2,buatlah pertimbangan sendiri. Aku bg guide jek,nak nampak antara hak n batil,sendiri buat penilaian.


    • Kalau berdasarkan jadual harakahdaily tu, ada sebut CKD, Local Content. Jadi besar kemungkinan local content ialah local part installed kot. (Entahlaa)

      Local content dimaksudkan itu mungkin telahpun tax exempted. Dan apa yg saya tahu, apa2 keluaran pun takkan dicukai dua kali..jadi based on insentif (Dikira subsidi dalam industri-dan akan berubah2 mengikut dasar)

      Dalam hal ini, saya cuma faham dasar untuk merancakkan ekonomi/industri dalam negeri. Kepada bro2 yang pakar minta beri pencerahan.


  • td kt jln kapar klang jupe kete tepek2.. lampu tepek.. logo tepek.. tepek kaler putih…kete kaler putih… tp nk kate kete p321a xkot.. mcm pijot klo tengok style idung die.. nk amik gmbo xsempat..


  • Bro mat punya komen2 konsisten je ada at least 2 yg thumbs down.. aku rasa org yg sama je tu.. yg tak puas hati dgn penjelasan berfakta dari bro Mat. Dia suka penjelasan sensasi2 yg dtg dari merata langit aje. Fakta2 yg macam bro mat kasi ni fitnah aje bagi mereka2 tu.

    Aku faham sgt dgn situasi ni. Bila mana ada segelintir yg malas membaca dan mencari ilmu, tapi hanya suka disogokkan dengan konon2nya ‘fakta’ tanpa nak selidik dulu betul ke tak betul semata2 kerana cara penyampaian ‘fakta’ tu sensasi. Memang sgt sedih benda ni berlaku, aku sendiri mengalami, ada antara kenalan2 karib sendiri yg mcm tu.

    Point aku, harap2 kita semua dpt la buka mata dan buka hati sekali. Jgn dibiarkan diri kita diperbodohkan org lain selama2nya. Tapi kalau nk jadi bodoh juga tu terpulanglah. Harap2 rakyat Malaysia dan umat Islam bertambah maju dan tidak mudah terpedaya dengan cara rajin membaca dari pelbagai sumber (bukan cari satu sumber aje).

    Sorryla kalau off topic, hanya luahan perasaan aku tetengah mlm ni 😀


  • sejak dr dulu lg, xda local contents yg exempted, hanya cukainya rendah. Ianya dah diguna pkai sejak 1967. Masa mula2 saga kuar, mmg dibg insentif rebate(mcm kete hybrid skrg),tp sementara. Pastuh, kenderaan local(bukan local part coz kete punya cukai dikira pada sebuah kete,bukan dikira ikut part2,nanti double counting) dpt insentif rebate 50% dr duti eksais manakala kete luar bayo penuh.

    Sejak 2005, struktur ini telah ditukarkan, dan duti import asean cept@duti import non asean cept dikurangkan secara perlahan2, bukan sahaja kerana nak imbangi cash flow,tetapi imbangi rega pasaran 2nd hand dr jatuh mengejut n itu akan timbul masalah pada pengguna.

    Penurunan yg kita perasan hanya berlaku pada tahun 2006, ada penurunanan antara 4-10k rega kete,pastu depa buat senyap jelah.

    Ramai kata nape xturun ngejut. Kita kena amik kira sume,bukan diri kita jek,tp sume pengguna. Contohlah, klu rega honda civic 1.8 120k 2005, tetiba cukai turun mendadak 2006, civic rega baru 2006 90k, so aper jd bg mereka yg beli kete civic thn 2005, mereka dah kerugian 40-50k dln masa stahun ajek coz penurunan mendadak,nak jualpun rugi. Begitu juga bg pihak bank yg biasanya projected income 5 tahun, tp perubahan mendadak, menyebabkan byk menda kena buat adjustment mengejut, interest mgkin akan naik mendadak n etc.

    Sbb tuh aku ckp, nak ubah polisi terutama cukai,xbleh buat secara mendadak, sementara kita mmg hendak cukai murah,tp menda nih kenala trn ckit2 supaya xbg impak besar pada ekonomi negara.
    Mcm aku,kete waja dah abis bayo,apa jadi klu cukai kenderaan dikurangkan mendadak 50%? Kete aku yg value sekarang dlm 30k++,akan jadi 15k ++. Rugi ooo aku.

    Klu kurang perlahan2,tiap2 tahun,xdalah terasa sgt impak dia coz sempat lg klu nak jual awal2 sblm xda value.

    Sama gak yg beli bold premium, 79k, turun 50%, nak ke rega kete blm setahun dah jatuh 50k? Yg belum beli,xpelah,untung,yg dah beli kete n brp byk rakyat malaysia yg br beli kete n yg masih ada hutang kat bank?

    Pernah ke org pikir sejauh camtu? Tp yg byk,hanya pentingkan diri. Lainlah klu ada yg offer,bg kete2 yg lama, kerajaan akan beli smula ngan rega lama, n sume bleh g beli kete br ngan rega murah. persoalan dia, mampukah kerajaan(xkisahlah kerajaan mana2 pun) buat gitu?


  • Apa kata bro mat senaraikan kereta2 kat Malaysia ni dngn harga sebelum cukai serta berapa cukai yang dikenakan.baru senang nk paham. almaklumla matematik spm da lama tinggal..huhu


  • yg gazet rega cbu tuh (file pdf kat atas)adalah rega cbu tanpa cukai@docket price@omv. Itu diambil dr kastam,yg disahkan oleh ydpa.

    Em,utk rega ckd,mmg xda kat kastam,tp klu ada kenal org dalaman naza ke, sd ke n etc, bleh dptkan ap documentation diaorg.

    Utk menyenangkan kira,aku amik round figure.

    Katalah nilai cif 10k.(ini kira2 konon kete cbu bwh 1800 cc)

    10k x duti import 30% = 3k
    so, nilai cif+duti import(A)= 13k

    skrg,nk kira duti eksais pulak.

    Nilai (A)x duti eksais

    13k x duti eksais 75% = 9.75k
    nilai (B) = nilai A 13k + 9.75=22.75k
    nilai B = 22.75k

    sekarang kita kira pulak cukai jualan.

    Nilai B= 22.75k x cukai jualan 10%=2.275k

    nilai C = 25.025k

    nilai cif+duti import+duti eksais+cukai jualan= rega jualan tanpa trader’s profit = nilai C = 25.025k.

    Itulah contoh, klu kata traders profit 25k, maka jadilah rega jualan kete bukan otr = 50.025k.

    Campur registration m insurance n aksesori tambahan yg non taxable, katalah dlm 2k,
    so rega jualan otr = 52.025k.

    Ada cara short cut nak kira,takut ada yg konfius b pening. Ni cara panjangnya.

    Klu nak tau berapa byk nak kira traders profit,hanya kete cbu jek bleh coz ada data. Tp kena classify dulu kete tuh cbu non asean cept@ cbu asean cept coz yg bwh negara asean, duti import 30% xada.

    Kena gak hati2 utk kete conti jugak coz cam ford focus, dtgnya dari filipina iaitu negara asean.

    Ok,selamat mengira


  • aku tak hairan kalau trader dpt untung byk untuk sebuah kereta yg dijual. kalau tak, masa kan org sanggup beli lesen AP yg kita tahu harganya mmg mahal.sbb trader mmg untung besar. tu cerita AP.

    tp aku rasa ia xde beza dgn kereta2 import yg diedar oleh pengedar rasmi di negara ni. margin keuntungan mereka sudah tentu mengambil kira kos2 yg berkaitan.


  • pasal rega cherry qq kat langkawi sekarang, banding ngan rega qq kat mm2h, jgn cepat gelabah :-). Mmg nampak dlm mm2h mahal coz data yg diambil pada 2009. Mengikut docket price kastam ketika itu,rega cherry qq adalah rm17k, tp bwh pindaan rega gazet cbu 2010, rega docket kastam cherry qq adalah rm13,805.

    Sbb tuh rega dlm mm2h program nampak lagi mahal dr langkawi coz xsilap aku yg data mm2h tuh masa awal tahun 2009. Yg kat langkawi tuh ikut update 2010, so lg murah.

    Sekian


  • TQ bro mat.

    Saya dah pun buat formula dalam Excel..

    Lepas tu tengok harga Wish 1.8 S tahun 2009 di Mudah.com
    Lihat harga cif berdasarkan Perintah yang dilampirkan.
    Kemudian compare harga..

    Saya dapat dealer margin + aksesori + insurance + registration = RM96 ribu.

    Kalau salah, betulkan saya.


  • ah,satu lg lupe nak update, rega kat mm2h mmg ada kelainan. Traders profitpun berlainan. Setakat nih, hanya website honda sahaja yg masih ada bagi rega utk mm2h,utk kete jepunlah. Mmg lg mahal dr langkawi, hanya utk kete ckd sahaja yg diofferkan.

    Bleh check melalui backdoor website honda. Yg lain, setakat nih, diaorg dah removekan. Dlm program mm2h, insurance premium yg dibayo pun berlainan ngan langkawi,kat langkawi, insurance premium ikut rega kete, tp utk program mm2h, insurance dia ikut coverage insurance asal pada kete yg dikenakan cukai.

    Pelik tp benar :-). N mereka juga kena bayo rega pakej2 n ada syarat2 n sbagainya. Cume rega itu itu rujukan utk tahu,bila kita banding ngan docket kastam, xsepatutnya semahal itu,kalu prfit traders punya margin xtinggi mana.

    List2 price terkinipun dah di bannedkan kerana kat situ ada rega kete tempatan tanpa tax yg telah lama dicover oleh pihak tertentu.

    Kita mmg mengharap agar kastam lebih transparent dalam issuing rega docket,termasuk rega kete tempatan tanpa cukai supaya xtimbul isu berat sebelah. Atleast pengguna bleh buat pilihan tepat yg mana nak beli.

    Amat berharap agar salah satu rangka nap yg akan mengikut kehendak wto, yg mana kete luar yg bukan asean dpt di waivekan tax cbu 30% supaya rega kete terutamanya eropah akan turun harga.

    Apa yg miti buat n sepatut buat bg saya, hanya mengawal daro segi spesifikasi, contohnya, tidak mbenarkan kete yg spec basic masuk coz rega murah. Klu kereta conti masuk, hendaklah full spec mcm yg terjual diluar.

    Begitu juga kereta tempatan, kete yg basic mestilah wajib 2 airbags(mcm undang2 skrg), tp yg premium, mestilah ikut sepertimana yg terjual di pasaran luar.

    So, yg xmampu, cukuplah sekadar versi 2 airbags, yg mampu, bleh beli versi premium.

    Mmg paham masalah rega coz ramai yg masih xkisah aspek keselamatan asalkan murah. Tp kita kena enforcekan menda nih.

    Myncap juga diharap dpt ada fasiliti yg standard seperti mana2 ncap didunia sekarang. Mana2 kereta baru yg dijual,hendaklah capai minimum 3 bintang, dan hendaklah keputusan itu telus dan transparent. Pastikan ada video n gambar lengkap.


  • lebih kuranglah bro, sebenarnya,formula nak kira kete cbu terpakai nih lg panjang, agak berbeza dgn kete baru. Ada satu laman web bg cara calculation kete bwk masuk cara ap, maksudnya kete 2nd hand, apply ap nak bwk masuk malaysia.

    Ada jugak pdf dia,tp selalu terlupa nak update kat tuan tanah. Pkai internet guna hp nokia lama nih, pyh ckit nak upload dlm email,asyik fail jek memanjang.

    Tp dah xjauh bezalah. Mmg kete 2ndhand import,margin mmg tinggi, klu runner tlg jual, sebijik bleh dpt rm5k.


  • I intend to buy a second hand duty free 2007 Camry 2.4 currently owned by an exchange New Zealand instructor at our Armed Forces Staff College. As his attachment is ending in Dec 2012, I intend to buy it. How do I go about the purchase and how is the tax calculated if any? I was also informed that as the car is more than 5 years old, it is not taxable.


  • saya pun fail gak bab kira2 ni.Andaikan kereta Proton tanpa apa jua cukai agk2 berapa harga.Amek cth Preve.Mohon pencerahan kpd yg bijak pandai.tq


  • saya nak tnya…klu saya beli toyota altis 2.0 di labuan …..cuba cerita bagaimana tax bila nak bawa blik semenanjung…..utk tahun pertama, 3tahun, 5 tahun..tolong kit


  • En Mat.
    Saya nak tanya psl price calculation utk beli kereta mazda roadster dr jepun.

    contoh.

    kereta tahun 2007, dealer’s CIF price = 70k

    CIF = doket price = 18184

    Total car price = doket price X (sales tax + excise tax) = CIF (dealer’s price)

    Total car price = 16366 + 70k = RM ~87k

    Perkiraan dia macam tu ke?

    Harap Bro dpt jawab..Thanks utk info2 dlm blog ini


  • Assalam.. nk tnya siket, kalau beli kereta dari thai lpastu nk tukar plate number ke mlysia.. kne byr cukai berapa untuk register kt mlaysia ni?

Leave a Reply