ARKIB

KATEGORI

Buletin

Casis bas elektrik bandar MAN eBus buat penampilan sulung di ibu pejabat GML

Berita Tempatan

Views

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) dan Gemilang International Limited (GML) baru-baru ini telah mempertontonkan casis MAN eBus buat julung kalinya di Malaysia.

Satu majlis pratonton khas telah diadakan untuk pengendali bas dan pegawai kerajaan bertempat di ibu pejabat GML di Senai, Johor.

Bermula 2023, MAN Malaysia akan menawarkan casis bas elektrik sepenuhnya dengan pelepasan karbon sifar bersama dengan casis konvensional yang dikuasakan oleh enjin Euro V.

Untuk pasaran Malaysia, casis MAN eBus boleh didapati sebagai kenderaan dua gandar dengan lantai rendah (LF) yang sesuai untuk pengangkutan awam bandar.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ia dikuasakan oleh motor elektrik dengan kuasa berterusan 160 kW dan 2,100 Nm daya kilas maksimum, dipadankan dengan kotak gear kelajuan tunggal.

Dengan bekalan elektrik sama ada daripada bateri 4 pek 320 kWj atau 6 pek 480 kWj berteknologi NMC (lithium-nikel-mangan-kobalt), casis MAN eBus mempunyai jarak perjalanan sehingga 350 km dengan sekali cas.

Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks yakin bahawa casis MAN eBus, dengan fleksibiliti dan prestasi yang telah terbukti, akan menjadi platform yang sempurna untuk pengendali bas Malaysia beralih kepada mobiliti elektro.

Ujar beliau, dengan program pemasangan tempatan (CKD), pihaknya menjangkakan bas elektrik akan mencapai sekurang-kurangnya 20 peratus daripada jualan keseluruhan bas MAN di Malaysia menjelang 2026.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gemilang International, Pang Chong Yong pula berkata, syarikat itu teruja dengan pengenalan casis MAN eBus di Malaysia.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jelasnya, GML adalah salah satu syarikat pertama di Asia Tenggara yang memasang bas elektrik dan berkongsi matlamat yang sama dengan MAN dalam mengurangkan pelepasan karbon.

Pihaknya juga komited untuk membangunkan badan bas aluminium yang paling tahan lama, ringan, mesra alam dan kos efektif bagi casis MAN yang menggunakan teknologi terkini.

Sebagai pembina badan bas neutral, GML telah menjadi pengeluar peralatan asal (OEM) untuk MAN sejak sedekad yang lalu.

Pemenang Anugerah Pembina Badan MAN pada 2013, 2014, 2015, 2017 dan 2019 itu telah membekalkan lebih daripada 2,500 bas MAN ke pasaran Malaysia dan luar negara seperti Singapura, Hong Kong, Australia, Uzbekistan dan Dubai.

Sementara itu, MAN Malaysia akan menawarkan perkhidmatan perundingan emobiliti 360 ° khusus pelanggan kepada syarikat-syarikat yang merancang untuk beralih ke elektro mobiliti.

Perkhidmatan eksklusif dari Penyelesaian Pengangkutan MAN meliputi semua faktor penting untuk peralihan yang berjaya seperti analisis pelbagai dan penggunaan, analisis rangkaian, konsep infrastruktur, pengisian dan konsep tenaga, peralihan armada pengangkutan dan perkhidmatan serta latihan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply