ARKIB

KATEGORI

Buletin

Castrol Power1 Ultimate dilancarkan, lebih pecutan dan prestasi lebih mantap

Berita Tempatan

Views

Castrol hari ini melancarkan minyak enjin sintetik terbaharu yang memberikan prestasi dan ketahanan luar biasa menerusi formula 5-dalam-1, Castrol Power1 Ultimate yang dirumus khusus untuk jentera dua roda.

Rangkaian minyak enjin terbaharu ini direka untuk memberikan pecutan dan prestasi mantap untuk motosikal serta penunggangnya. Ia ditawarkan dengan kelikatan yang berbeza, termasuklah 5W-40 untuk skuter, 5W-40 untuk motosikal dan 10W-50 yang direka khusus untuk superbike.

Minyak enjin ini telah menjalani ujian yang ketat semasa pembangunannya dan telah diuji dalam keadaan yang melampau pada parameter yang berbeza. Formula 5-dalam-1nya menjanjikan prestasi cemerlang dalam lima teras utama:

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

  • Pecutan yang tak diduga – Ia terbukti melebihi prestasi pelincir motosikal dan skuter terkemuka lain, seperti yang diuji pada enjin Honda CBR300 dan Honda ANC125.
  • Perlindungan yang lebih baik – Ia memberikan perlindungan haus 50 peratus perlindungan lebih baik berbanding had industri untuk motosikal dan skuter.
  • Tunggangan yang lebih lancar – Ia membolehkan kelancaran menunggang dengan pelbagai kelajuan enjin, memastikan cekam berfungsi dengan lancar dan tidak tergelincir atau lebih ringan.
  • Memastikan enjin kekal sejuk – Ia menjadikan enjin kekal sejuk meskipun dalam ujian ekstrem 12,000 km, yang membuktikan prestasi kawalan suhu yang cemerlang.
  • Prestasi yang berkekalan – Ia mengekalkan 95 peratus prestasi asalnya dalam ujian ketahanan di litar lumba sejauh 48,000km, yang menunjukkan kemampuan prestasi yang berkekalan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Rangkaian pelincir Castrol Power1 Ultimate mula dijual di Castrol Bike Point dan Kedai Rasmi Castrol di Shopee dalam botol 1-liter dengan harga pengenalan seperti berikut:

Castrol POWER1 Ultimate Harga runcit yang disyorkanKetersediaan
POWER1 Ultimate 5W-40 4T RM 55.00 Boleh didapati sekarang
POWER1 Ultimate 10W-40 4T Boleh didapati sekarang
POWER1 Ultimate 5W-40 4-AT Januari 22
POWER1 Ultimate 10W-50 4T RM 60.50 Boleh didapati sekarang
POWER1 Ultimate 15W-50 4T Januari 22

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/castrolmalaysia/ atau laman sesawang  https://www.castrol.com/en_my/malaysia/home.html.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply