ARKIB

KATEGORI

Buletin

Catat ‘hole-in-one’, Safee Sali bawa pulang Mazda CX-5

Berita Tempatan

Views

Penyerang Kuala Lumpur City FC Safee Sali bukan hanya handal di atas padang bola namun turut berbakat beraksi sebagai pemain golf.

Menurut Harian Metro, Safee berjaya membawa pulang sebuah kereta Mazda CX-5 selepas melakukan hole-in-one di Kejohanan Golf Mazda Trophy 2022 di Glenmarie Kelab Golf & Desa (GGCC), kelmarin.

Bekas penyerang Harimau Malaya itu turut membawa pulang beberapa hadiah lain termasuklah baucar bernilai RM2,000 yang disumbangkan oleh Glenmarie Golf & Country Club.

Sementara itu, kejayaan itu turut dikongsi Safee di laman Instagram miliknya apabila menyatakan kemenangan itu bagaikan rezeki terpijak apabila berjaya membawa pulang kereta.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

“Apabila anda percaya bahawa Allah menyertai anda, maka tidak kira siapa yang menentang anda, percayalah kepada kekuasan Allah,” katanya.

Mengikut rekod, Safee dan rakan sepasukan KL City FC akan mulakan kempen Piala AFC pada 24 Jun kelak menentang pasukan PSM Makassar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Glenmarie Golf & Country Club

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply