Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) dan Daihatsu Motor Co., Ltd. (Daihatsu) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama Strategik untuk pembekalan bateri dan teknologi bateri bagi menggalakkan e-mobiliti di Jepun.
Di bawah perjanjian ini, CATL berhasrat untuk menyediakan bekalan bateri EV yang stabil kepada kenderaan elektrik Daihatsu, pakar kereta penumpang kompak dan salah satu pengeluar kereta paling lama di Jepun.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Dengan menghimpunkan kelebihan teknologi masing-masing daripada kedua-dua syarikat ini, CATL dan Daihatsu berhasrat untuk menggalakkan aplikasi teknologi bateri yang canggih termasuk CTP (sel-ke-pek) dan BMS.
Dengan bateri termaju CATL, Daihatsu akan dapat meningkatkan pengeluaran dan prestasi kenderaan elektrik yang berkualiti tinggi dan berpatutan bukan sahaja di Jepun, tetapi juga pasaran-pasaran baharu.
Kerjasama ini akan mempercepatkan peralihan Daihatsu kepada pengeluaran pengelektrikan, lalu membantunya mencapai matlamat karbon sifar dalam tempoh jangka panjang.
Perkongsian ini menandakan satu lagi langkah penting untuk jejak global CATL kerana ia akan membolehkannya meneroka pelbagai bentuk kerjasama dalam pasaran-pasaran serantau termasuk Jepun dan Asia Tenggara, seterusnya menggalakkan pemacu global untuk peralihan e-mobiliti dan matlamat keneutralan karbon.
Pada Ogos lalu, PT Astra Daihatsu Motor (ADM) membuat kejutan pada pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022, dengan mempamerkan sebuah kereta konsep kenderaan elektrik (EV) kompak, Daihatsu Ayla EV.
Adakah ia petanda awal yang kerjasama CATL dan Daihatsu ini bakal memacu pengenalan model kenderaan elektrik petama dari Perodua pada masa akan datang? Sama-sama kita nantikan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI