ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmi cawangan 3S dengan identiti korporat baharu di Kluang

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini berlangsungnya perasmian pembukaan cawangan pengedar 3S Proton yang pertama di Kluang dengan menampilkan warna Identiti Korporat Syarikat (CI) yang baharu. Cawangan milik Street Car Sdn Bhd (Street Car) ini telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan turut dihadiri oleh barisan Pengarah Street Car dan ahli pengurusan kanan Proton.

Street Car merupakan pengedar jenama tersebut sejak sembilan tahun yang lalu dan bermula sebagai pengedar cawangan 1S di Johor Bharu. Untuk meluaskan pasaran, mereka telah mengambil keputusan untuk membuka sebuah cawangan 3S baharu di pusat bandar Kluang dengan nilai pelaburan sebanyak RM3.5 juta.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

Cawangan baharu ini mempunyai keluasan 827 meter persegi dan dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, ruangan minuman, ruang rehat pelanggan, 4 petak penyelenggaraan dan 4 pengangkat serta ruang parkir yang luas. Proton kini mempunyai 75 cawangan 3S/4S yang telah beroperasi di seluruh negara.

Ia sekaligus meletakannya sebagai jenama automotif yang paling banyak mempunyai cawangan 3S/4S di Malaysia. Proton kini sedang mengadakan promosi kilat bagi tempahan Iriz 2019 dan tawaran istimewa untuk bulan Mac. Tempahan model yang dinaik taraf ini telah mula dibuka sejak 1 Mac 2019 dengan deposit hanya RM9.99.

Pelanggan yang menempah secara dalam talian akan dapat menikmati cukai jalan percuma selama 2 tahun. Selain itu, pelanggan turut boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM4,000 apabila mereka membeli sebuah kereta Proton pada bulan ini.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply