ARKIB

KATEGORI

Buletin

Charles Frump dilantik Pengarah Urusan baharu Volvo Car Malaysia

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia hari ini secara rasmi mengalu-alukan pelantikan Charles Frump sebagai Pengarah Urusan yang baru menggantikan Nalin Jain, yang sebelum ini memegang jawatan tersebut dari tahun 2019 hingga 2020.

Pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Pemasaran Antarabangsa dari UCLA Anderson School of Management, Los Angeles, Amerika Syarikat ini turut menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang ekonomi dan matematik dari St. Olaf College, Minnesota, Amerika Syarikat.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Frump menyertai Volvo Car Malaysia dari Volvo Auto India, juga sebagai Pengarah Urusan sejak tahun 2017 dan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan bahagian pasaran dan pendapatan Volvo dalam segmen kereta mewah yang kompetitif di India.

Gemar bermain hoki ais dan suka menjelajah ke negara baharu setiap tahun bersama isterinya, Frump berkata, Jepun dan Sepanyol merupakan destinasi pelancongan kegemarannya sepanjang masa. Hubungan Frump dengan Volvo Cars bermula pada tahun 2009, di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pemasaran di Volvo Car Japan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Berbekalkan lebih dari 20 tahun pengalaman automotif dalam pasaran berbeza dan unik di seluruh Asia, Amerika Syarikat dan Eropah, Frump juga memain peranan di peringkat global, serantau, dan tempatan dalam bidang Pemasaran, Jualan, Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Rangkaian.

Beliau melihat Malaysia sebagai persimpangan kepada tempat-tempat yang pernah dilaluinya dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan pasukan tempatan secara individu bagi membina kekuatan mereka.

Baru-baru ini, Volvo Cars melancarkan kempen ‘Ultimate Safety Test’ dan pada Februari lalu, mereka telah memperkenalkan XC40 PHEV. Ia sekali gus menjadikan Volvo sebagai jenama automotif pertama di negara ini yang mempunyai barisan PHEV lengkap untuk semua model kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply