ARKIB

KATEGORI

Buletin

Che Ta dapat kereta Raya Haval H2

Views

Bertuah sungguh, Rozita Che Wan atau Che Ta kerana medapat kereta Raya, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Haval H2 sebagai penghargaan menjadi duta jenama itu sejak Oktober tahun lalu. Lebih bermakna, Haval H2 itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, ‘RQ2174′, yang bermaksud Rozita.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi Duta kepada Haval Malaysia dan berharap Che Ta akan gembira dengan kereta baharunya itu. Menurut Che Ta, Haval bukanlah jenama asing bagi dirinya kerana beliau sudah sedia maklum mengenai produk dan status pengeluar SUV dari China itu sejak 2015.

Mengulas mengenai profil H2, Che Ta berkata, SUV tersebut adalah satu-satunya model Haval paling premium yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia setakat ini. Semua ciri yang ada pada SUV jenama lain juga ada pada H2, termasuklah enam beg udara, bumbung suria, ABS, ESP, TPMS, brek parkir elektronik (EPB), punat tekan mula dengan masukan pintar, sokongan lumbar elektrik boleh laras untuk kerusi pemandu, kerusi pemandu elektrik boleh laras enam-cara, kamera undur, sistem multimedia, lampu siang (DRL) dan banyak lagi.

Harga ditawarkan pula cukup berbaloi bermula serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual manakala varian premium cuma bermula dari harga RM101,950. Kualiti ditawarkan SUV H2, dan juga satu lagi model hatchback dengan gaya crossover, H1 nyata sangat memuaskan. H2 diberikan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan, dan model H1 pula diberikan waranti 7 tahun. Pusat servisnya pula ada di seluruh Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply