ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery bakal bina fasiliti pengeluaran kenderaan tenaga baharu di Indonesia

Berita Global

Views

Pada hari pertama lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke China 25 Julai lalu, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Eksekutif Chery International, Zhang Shengshan di Diaoyutai State Guesthouse di Beijing.

Zhang membentangkan rancangan pelaburan Chery di Indonesia, termasuk kenderaan elektrik dan memperkenalkan perancangan syarikat tersebut berkenaan teknologi, produk, bateri dan rantaian industri lain.

Luhut serta Menteri Luar Negeri Indonesia turut mengiktiraf kekuatan antarabangsa dan teknikal Chery Group dan telah pun bersetuju dengan rancangan pelaburan Chery di negara republik itu.

Menerusi pemahaman yang lebih mendalam mengenai Chery Automobile, mereka menyatakan keyakinan penuh terhadap pembangunan Chery di Indonesia dan akan berhubung dengan jabatan berkaitan untuk mendapatkan sokongan, seterusnya memacu pembangunan Chery di Indonesia.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Walaupun menghadapi separuh pertama 2022 yang cukup mencabar, Chery Group mencatatkan jualan 475,000 kenderaan (meningkat 12 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, atau YoY), termasuk 148,000 unit di luar China (meningkat 36 peratus YoY).

Chery muncul sebagai pengeksport kenderaan penumpang Nombor 1 di China selama 19 tahun berturut-turut, meliputi lebih 80 negara dan wilayah dengan jumlah jualan kumulatif global lebih 10 juta unit kenderaan, serta mengendalikan 10 kilang dan lebih 1,500 pusat jualan dan servis di luar China.

Menurut Zhang, pasaran Asia Tenggara akan memainkan peranan penting dalam rancangan globalisasi Chery, terutama sekali Indonesia, negara yang mempunyai ekonomi dan bilangan penduduk terbesar di ASEAN.

Chery akan mendirikan pusat pengeluaran di Indonesia yang merangkumi operasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta jualan, ke arah misinya untuk bertapak di Indonesia, berkembang ke ASEAN dan mengeksport ke seluruh dunia.

Zhang berkata, Indonesia kaya dengan sumber mineral dan merupakan pengeluar nikel terbesar di dunia dan ini amat bermanfaat kepada pembangunan industri kenderaan tenaga baharu. Chery menjangkakan untuk melancarkan sembilan model secara keseluruhan di Indonesia, termasuk kenderaan elektrik dan hibrid palam-masuk (plug-in).

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Selain itu, Chery berhasrat untuk membangunkan lagi rantaian perindustrian di Indonesia, termasuk integrasi sumber mineral, bateri dan pengeluaran kenderaan, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui penggalakkan transformasi dan kenaiktarafan industri automotif Indonesia.

Lawatan Presiden Indonesia ke China pada masa ini bukan sahaja melahirkan lebih peluang kerjasama, malah menandakan perkembangan mendalam diplomasi mesra antara kedua-dua buah negara.

China merupakan rakan dagang Indonesia yang terbesar dengan jumlah perdagangan dua-hala meningkat 58.4 peratus daripada tahun lepas kepada sekitar AS$120 bilion.

China telah mendahului eksport ke Indonesia selama beberapa tahun dengan pelaburan di Indonesia mencecah AS$3.2 bilion pada 2021.

Selain itu, Chery turut kekal komited terhadap Malaysia dan syarikat tersebut sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan niaga tempatan ke arah mewujudkan operasi pemasangan di Malaysia.

Chery sedang berusaha untuk memperkenalkan OMODA 5 dan model-model tertentu di bawah siri Tiggo Pro dalam masa terdekat, serta membangunkan rangkaian jualan dan selepas jualan baharu di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply