ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery bawa SUV baharu ke Frankfurt Motor Show 2017

Views

Pengeluar automotif dari China, Chery kini memasang impian besar untuk menakluki pasaran Eropah. Sempena Frankfurt Motor Show yang bakal berlangsung pada bulan hadapan, Chery bakal memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu sebuah SUV. Beberapa foto usikan model tersebut telah mula bertebaran di laman sesawang automotif global dan model yang diperlihatkan itu bakal dilancarkan dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang.

Mengikut perancangan, SUV ini akan dipasang dengan pelbagai variasi penjana kuasa, termasuklah hibrid, plug-in hibrid, dan kenderaan elektrik sepenuhnya. Model ini akan disasarkan kepada golongan muda yang tinggal di kawasan bandar. Untuk merealisaikan matlamat tersebut, Chery telah membuka pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) terbaharu mereka di Eropah sebagai tambahan kepada pusat sedia ada telah beroperasi di beberapa bandaraya besar China seperti Beijing, Shanghai, dan Wuhu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chery, Dr. Anning Chen berkata, dalam masa beberapa tahun lagi mereka akan mula menjual pelbagai jenis kenderaan di pasaran Eropah melangkaui pelbagai segmen, dengan enjin berkuasa elektrik. Jenama tersebut turut menyasarkan golongan yang berfikiran terbuka dan muda dengan strategi pengeluaran produk yang menumpukan aspek kualiti, enjin mesra alam dan hubungan emosi dengan pelanggan.

Chery yang diasaskan 20 tahun yang lalu, merupakan salah satu daripada pengeluar kenderaan terbesar di China dan syarikat tersebut telah menjual sebanyak 1.2 unit kenderaan di pasaran antarabangsa, selain pasaran tempatan di China. Chery kini sedang berkembang dan tahun lalu mereka berjaya menjual sebanyak 700,000 kenderaan seluruh dunia, meningkat begitu ketara sebanyak 28 peratus jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply