ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery Group jalin kerjasama strategik dengan CATL, terokai bidang teknologi tenaga baharu

Berita Tempatan

Views

Chery Group baru-baru ini telah memeterai perjanjian rangka kerja kerjasama strategik dengan Contemporary Amperex Technology Co., Limited. (CATL), yang merangkumi pelbagai bidang seperti produk, perdagangan, promosi pasaran dan sumber maklumat komersial.

Selain pembekalan bateri dan kerjasama teknikal dalam bidang kenderaan penumpang, mereka berhasrat untuk menjalankan penerokaan bersama dalam bidang pengangkutan awam, integrasi teknologi EIC tenaga baharu dan pertukaran bateri untuk bas, kenderaan logistik, trak berat dan kapal elektrik.

CATL, pengeluar bateri litium-ion terbesar di dunia untuk EV, menumpukan kepada penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan penjualan bateri traction dan sistem penyimpanan tenaga untuk kenderaan tenaga baharu (NEV).

Di peringkat global, syarikat tersebut telah membekalkan bateri traction kepada beberapa pengeluar kenderaan dan telah menduduki tempat pertama selama lima tahun berturut-turut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Chery pula telah terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tenaga baharu seawal 1999, dan merupakan antara perusahaan automotif terawal di China menceburi bidang ini.

Sepanjang dua dekad yang lalu, Chery telah membangunkan sistem R&D holistik teknologi tenaga baharu, termasuk integrasi kenderaan, teknologi teras dan keupayaan pembangunan komponen teras.

Syarikat tersebut telah mencatat kemajuan penting dalam bidang teras seperti teknologi EIC dan teknologi ringan. Chery telah memohon lebih 900 paten tenaga baharu dan memperoleh lebih 600 paten setakat ini, menduduki tempat pertama di kalangan perusahaan kenderaan China, dan ketiga di peringkat global.

Chery telah membentuk pelan pembangunan teknologi ‘457’ yang melibatkan empat platform rangkaian kuasa kenderaan, lima subsistem umum dan tujuh teknologi teras, meliputi sedan dari segmen A hingga C dan SUV dari segmen B hingga D, merangkumi kuasa elektrik, hibrid, extended-range, sel bahan api dan teknologi tenaga baharu yang lain.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Chery eQ1, kenderaan elektrik ringan dengan badan aluminium, bukan sahaja menjadi contoh dalam industri automotif, malah menduduki tempat pertama dalam segmen dengan jualan sebanyak 300,000 unit.

Dari segi teknologi hibrid, Chery telah berjaya membangunkan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) fungsi penuh pertama di dunia, menerajui pembangunan teknologi hibrid di dunia dengan kelebihan unik ‘3 enjin, 3 gear, 9 mod operasi dan 11 kelajuan’.

Dalam tempoh 10 bulan pertama 2022, Chery telah menjual lebih 210,000 kenderaan tenaga baharu, meningkat sebanyak 182 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Chery juga akan terus meneroka bidang teknologi tenaga baharu dan mengamalkan konsep pembangunan hijau. Mereka juga bekerjasama dengan rakan-rakan niaga bagi menggalakkan pembangunan industri tenaga baharu yang mampan serta mempopularkan kenderaan elektrik, ke arah matlamat neutraliti karbon bersama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply