ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery lancar jenama Exeed untuk pasaran Eropah, model pertama dikenali sebagai TX

Views

Pengeluar automotif dari China, Chery Automobile bakal memasuki pasaran Eropah dengan jenama baharu Exeed dan model pertamanya adalah sebuah SUV yang dikenali sebagai TX. Exeed TX membuat kemunculan sulung dalam bentuk pra-pengeluaran di Frankfurt Motor Show dan bakal menjadi model pertama Chery yang ditawarkan untuk jualan di Eropah.

Model ini dibina dari pelantar serba baharu yang dibangunkan khusus untuk barisan model baharu dan rekabentuknya sedia untuk menerima penjana kuasa elektrik. Ini bermakna ia bakal menerima tiga pilihan penjana kuasa, hibrid, plug-in hibrid dan elektrik sepenuhnya. Apabila dilancarkan nanti, varian pertama Exeed TX akan ditawarkan dengan penjana kuasa plug-in hibrid yang merupakan kombinasi enjin petrol 1.5-liter berkuasa 147hp bersama dengan motor elektrik yang berkuasa 114hp.

Exeed TX PHEV akan didatangkan dengan sistem pacuan empat-roda dan transmisi tujuh-kelajuan automatik. SUV kompak itu mampu mencecah kelajuan 100km/h dalam masa enam saat dengan kelajuan maksima 200km/h. Ia mampu bergerak sejauh 70km dalam mod elektrik sepenuhnya dengan kelajuan mencecah 120km/h. Pengecasan pantasnya pula mampu mengecas bateri sehingga 80 peratus, hanya dalam masa setengah jam manakala untuk cas penuh menerusi bekalan kuasa elektrik 220V dari rumah ia memerlukan masa sehingga empat jam.

Chery juga bekerjasama dengan beberapa pembekal terbaik dalam pasaran, sebagai contoh sistem pacuan empat-roda telah dibuat secara kejuruteraan bersama dengan Dana dan BorgWarner, transmisi manual dan dual-klac dari Getrag, dan Bosch pula membekalkan sistem infohiburan dengan skrin bersaiz 10-inci dan paparan kluster bersaiz 7-inci.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply