ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery lebarkan sayap ke Indonesia, lancar jenama di IIMS 2022

Berita Global

Views

Chery baru-baru ini melancarkan jenamanya secara rasmi bersempena pameran Indonesia International Motor Show (IIMS) 2022 yang sedang berlangsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta bermula dari 31hb Mac hingga 10hb April.

Bertemakan ‘Feel The Difference’, syarikat kenderaan tersebut mula mengukuhkan komitmennya di Indonesia serta ASEAN.

Presiden Chery International, Zhang Guibing berkata, Indonesia merupakan antara pasaran kenderaan yang paling berpotensi di dunia, juga pasaran strategik dan penting bagi Chery di Asia Tenggara.

Tambah beliau, Chery akan meneroka model pelaburan dan perniagaan baharu, memanfaatkan kekuatan teknikalnya, dan berusaha membawa teknologi canggih serta produk pintar ke Indonesia.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Selain memenuhi keperluan pengguna Indonesia, Chery juga akan menjadikan Indonesia sebagai hab eksport ke negara-negara ASEAN yang lain.

Chery berharap dapat membawa kenderaan berteknologi tinggi, termasuk kenderaan elektrik, ke Indonesia, memberikan sokongan teknikal kepada rakan niaga serta menyumbang aktif kepada transformasi industri automotif Indonesia.

Sasaran Chery adalah untuk menubuhkan lebih 100 cawangan di seluruh Indonesia dalam tempoh dua tahun akan datang, meliputi lokasi-lokasi utama seperti Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, dan Bali.

Syarikat itu juga merancang untuk mewujudkan hab alat ganti di empat pulau teras (Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi) bagi menyediakan bekalan alat ganti dan servis selepas jualan yang pantas.

Di IIMS, Chery mempamerkan beberapa kenderaan seperti Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro, OMODA 5 dan kenderaan elektrik EQ1.  OMODA 5 baharu sahaja memulakan pengeluaran di China pada Februari, dan ini merupakan penampilan pertamanya di ASEAN.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Tiggo Pro pula menggabungkan konsep dan teknologi R&D terkini Chery, sambil menawarkan reka bentuk dalaman dan luaran yang bergaya.

Ia dikuasakan oleh enjin 2.0 TGDI yang menghasilkan 254 PS dan 400 Nm tork, sambil memberikan kecekapan thermal sebanyak 41 peratus.

Kenderaan tersebut juga dilengkapi dengan penghidup enjin kawalan jauh, kamera 360 darjah dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi Kawalan Jelajah Aktif, Brek Kecemasan Automatik dan Amaran Rempuhan Hadapan.

OMODA 5 merupakan model pertama di bawah siri produk global OMODA baharu, menyasarkan trend teknologi masa hadapan serta mewujudkan ekosistem eksklusif dan interaktif yang dikongsi oleh penggunanya di seluruh dunia.

OMODA 5 bertujuan untuk mewujudkan trend gaya hidup baharu bertemakan fesyen dan teknologi, dan akan dilancarkan di Asia, Amerika Selatan, Australia, Afrika dan Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply