ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery muncul jenama kenderaan pertama China eksport lebih 50k kenderaan sebulan

Berita Global

Views

Chery telah menjadi jenama kenderaan China pertama yang mengeksport lebih daripada 50,000 kenderaan dalam sebulan. Pada bulan Julai, syarikat tersebut menjual 50,614 unit di luar China, naik 90.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu (YoY) daripada jumlah jualan global 131,533 kenderaan, meningkat 57.7 peratus YoY.

Pencapaian ini hadir, meskipun mereka berdepan dengan pelbagai cabaran yang masih berterusan termasuk kesan COVID-19 dan kesukaran logistik. Dari Januari hingga Julai 2022, Chery telah mengeksport hampir 200,000 kenderaan (naik 36.8 peratus YoY), mewakili kira-kira satu pertiga daripada jumlah jualan globalnya setakat tahun ini.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Chery amat komited terhadap strategi globalisasinya dan terus mencatat perkembangan yang ketara serta stabil di pasaran luar negara. Sejak awal tahun, syarikat tersebut telah memecahkan rekod eksport bulanan jenama kenderaan China yang dipegang oleh mereka sendiri beberapa kali, mencatat kadar peningkatan purata 60.5 peratus dalam tiga bulan yang lalu.

Siri Tiggo 8 dan Tiggo 7 terus mendapat sambutan baik semakin ramai pengguna global. Dalam tujuh bulan pertama 2022, 31,263 unit siri Tiggo 8 telah dieksport (naik 43.3 peratus YoY). Siri tersebut juga digunakan sebagai kenderaan presiden dan penyambut tetamu rasmi di beberapa negara dan wilayah.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Di Mesir, Chery menjual 1,846 kenderaan pada Julai, meningkatkan jumlah jualan Januari-Julai kepada 12,591 unit, manakala penguasaan pasarannya mencapai 11.42 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun. Di Afrika Selatan pula, jualan Chery pada Julai mencapai 1,262 unit, melonjakkan jumlah jualan Januari hingga Julai kepada 6,380 unit dan mewakili 4.01 peratus penguasaan pasaran yang merupakan rekod baharu.

Pada separuh kedua 2022, Chery akan terus mengukuhkan jenama, produk dan operasi pelanggannya serta mempercepatkan pelancaran kenderaan baharu, termasuk OMODA 5. Model pertama di bawah siri global baharu OMODA ini disasarkan kepada generasi muda di seluruh dunia dengan ciri-ciri berteknologi tinggi serta reka bentuk yang bergaya.

Selain itu, sejajar dengan trend automotif global ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV), Chery menyasarkan untuk melancarkan NEV di 14 negara pada tahun ini, termasuk Brazil, Argentina dan Chile, merangkumi trenkuasa elektrik penuh, hibrid plug-in dan sistem hibrid-ringan 48V.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply