Omoda 5 muncul sebagai model pertama di bawah jenama Chery yang dinilai oleh Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) setelah ia ‘kembali semula’ ke pasaran ASEAN.
Model SUV ini telah berjaya memperoleh penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025 dengan skor keseluruhan 88.64 mata.
Protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025 adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Berikut adalah perincian skor bagi keputusan ujian untuk model Chery Omoda 5:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 36.77 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.36 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
- Bantuan Keselamatan (SA) – 19.51 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
- Keselamatan Motosikal (MS) – 15.00 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
SUV segmen-B ini menawarkan pelbagai ciri keselamatan sebagai kelengkapan standard dalam semua variannya yang terdiri daripada enam (6) beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan, kelengkapan standard pengesanan penumpang tempat duduk belakang, Brek Kecemasan Kendiri (AEB) Bandar, AEB Antara Bandar, Pengesanan Titik Buta (BSD) untuk bahagian pemandu dan penumpang hadapan kenderaan, Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB) dan teknologi Perlindungan Pejalan Kaki (PP).
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Selain itu, Omoda 5 turut didatangkan dengan beberapa ciri bantuan keselamatan lanjutan, sama ada sebagai kelengkapan standard ataupun pilihan.
Ciri-ciri ini terdiri daripada sistem Amaran Tersasar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).
Ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana Omoda 5 telah berjaya meraih penarafan keselamatan penuh lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) pada tahun 2022.
Untuk pasaran Malaysia, Omoda 5 ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu C dengan harga bermula dari RM108,800, dan varian mercunya H pula dijual pada harga bermula dari RM118,800.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI