ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery OMODA 5 terima pengkitirafan global, rangkul anugerah di Mexico dan Qatar

Berita Global

Views

Setelah meraih penarafan keselamatan penuh lima bintang daripada Euro NCAP, OMODA 5 terus mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Produk pertama di bawah siri global baharu OMODA baru-baru ini telah dianugerahkan ‘Kenderaan Mid-size Crossover Terbaik‘ oleh Autoshow TV Mexico, serta Anugerah Auto 2022, sekali gus menjadi pemenang terbesar di anugerah tersebut.

Sementara itu, Persatuan Automobil Qatar menganugerahkan OMODA 5 ‘Anugerah SUV Sains dan Teknologi Terbaik‘, menambah kepada pengiktirafan globalnya serta penerimaannya di pentas dunia.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

OMODA 5 mengambil teknologi futuristik serta reka bentuk bergaya sebagai terasnya, membantunya menyasarkan golongan muda dan keinginan mereka untuk mendahului trend semasa.

Falsafah reka bentuk ‘Art in Motion‘ memanfaatkan cahaya dan bayang-bayang untuk menghasilkan penampilan dinamik yang melambangkan ruang bergaya yang bebas daripada dunia sebenar.

Daripada ‘bumbung terapung’ kepada ekor berbucu dua, OMODA 5 membayangkan kuasa dan prestasi yang tinggi.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Ia turut diterima oleh komuniti sukan, antaranya ahli-ahli Kelab Bola Keranjang Maccabi Tel Aviv, yang merupakan pemenang Juara Eropah enam kali dan ‘Pemenang Tiga Kali’ lima kali.

Pujian yang diterima termasuk ‘kenderaan yang cantik, selesa dan berkuasa’ dan ‘dilengkapi dengan kawalan suara penuh dengan pengalaman yang mesra dan selesa’.

OMODA 5 bakal menerjah ke lebih banyak pasaran dunia, termasuk di Malaysia, seterusnya membawa jenama OMODA ke tahap baharu di peringkat global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply