ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery pecah rekod jualan eksport bulanan tertinggi

Berita Global

Views

Chery berjaya menjual sebanyak 35,818 kenderaan pada Jun 2022 ke pasaran eksport pada Jun 2022, meningkat 50.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ini merupakan rekod eksport bulanan baharu dalam sejarah 21 tahun jenama tersebut di pasaran global. Bagi tempoh Januari-Jun 2022 (1H22), Chery telah mengeksport 148,000 unit, meningkat 24.9 peratus dan 112,000 daripadanya merupakan kenderaan tenaga baharu.

Di Brazil, Chery menduduki tempat kesembilan dari segi jualan 1H22. Arrizo 6 menduduki tempat keempat dalam segmen sedan dengan penguasaan pasaran sebanyak 3.62 peratus.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Sedan tersebut telah diiktiraf sebagai kenderaan dengan nilai jualan semula terbaik dalam segmen intermediate oleh media tersohor Kelley Blue Book dan Quatro Rodas.

Selain itu, jualan siri Tiggo 8 di Brazil mencapai 21,300 unit pada 1H22; model-model di bawah siri ini digunakan sebagai kenderaan presiden dan peringkat negeri di Brazil serta di beberapa negara lain.

Chery turut mencapai prestasi yang menggalakkan di Chile, menguasai 6.7 peratus daripada jualan keseluruhan 1H22 dan menempatkannya di kedudukan tiga teratas dari segi jualan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Jenama tersebut mengungguli segmen SUV pada 1H22 dengan penguasaan pasaran 15.1 peratus, mengatasi pelbagai jenama antarabangsa yang lain, diterajui oleh Tiggo 2 dengan jualan sebanyak 6,088 unit.

Sejak memasuki pasaran Afrika Selatan tahun lalu, Chery telah mengekalkan momentum yang kukuh. Jualan kumulatif Januari-Mei melonjak 21.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, dan jualan Jun juga menunjukkan prestasi baik.

Chery telah menubuhkan anak syarikat di Afrika Selatan pada Ogos 2021, dan mengungguli segmen SUV dalam masa kurang 10 bulan selepas pelancaran produk.

Syarikat tersebut juga memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya pada awal April 2022 dengan mengadakan sumbangan awam untuk menyediakan air serta bekalan lain kepada kawasan-kawasan yang terkesan akibat taufan di Kwazulu-Natal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply