ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery pertonton lima model terkini, termasuk OMODA 5 dan siri Tiggo Pro

Berita Tempatan

Views

Chery telah mengadakan sesi pratonton lima model terkininya kepada para media, bakal pengedar dan rakan niaga dalam satu acara yang telah berlangsung semalam.

Lima model tersebut terdiri daripada OMODA 5, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 8 Pro PHEV. Acara dua hari tersebut menyaksikan lebih 100 peserta menjadi rakyat Malaysia pertama merasai sendiri model terbaharu Chery.

Menurut Pengarah Negara Chery Malaysia, En Leo Chen, acara ini signifikan kerana ia acara fizikal pertama Chery di negara ini di bawah pasukan baharu, penampilan rasmi pertama model generasi semasa Chery di Malaysia dan penampilan sulung Tiggo 8 Pro PHEV (kenderaan elektrik hibrid plug-in) di Asia Tenggara.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Tambah beliau, pratonton ini akan mengukuhkan penyelidikan pasaran yang telah dilakukan setakat ini dengan membenarkan mereka mengumpulkan maklum balas pengguna yang menyeluruh melalui tinjauan.

OMODA 5 telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia kerana bahasa reka bentuk ‘Art in Motion’ yang futuristik dan teknologi pintarnya, termasuk Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dan skrin berkembar yang luas.

Ahli terbesar siri Tiggo Pro, iaitu Tiggo 8 Pro, disasarkan kepada para usahawan dan profesional melalui gabungan teknologi, sentuhan premium serta versatiliti tujuh tempat duduk.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Tiggo 7 Pro menawarkan keseimbangan antara gaya bandar dan ciri mewah, termasuk tiga skrin berdefinisi tinggi yang penuh dengan teknologi terkini, manakala Tiggo 4 Pro menyasarkan golongan muda dengan gabungan unik teknologi dan keselesaan.

Tiggo 8 Pro PHEV pula menampilkan kombinasi enjin petrol dan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang menggunakan dua motor elektrik untuk menghasilkan sembilan mod operasi termasuk operasi series dan parallel, pertama seumpamanya di kalangan jenama China.

Tambah Chen, pihaknya mengucapkan terima kasih atas sokongan padu semua pihak terhadap acara pratonton ini dan akan terus berusaha untuk membawa jenama Chery ke peringkat seterusnya di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply