ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet Malaysia pilih Syed Ahmad Faiz untuk ke Old Trafford!

Views

Chevrolet Malaysia telah mengumumkan Syed Ahmad Faiz Bin Syed Yusoff Fadzil sebagai pemenang hadiah utama untuk peraduan “Manchester United for Life – Spend and Win 2016”. Beliau yang menyertai peraduan tersebut setelah membeli sebuah Chevrolet Colorado baharu di Johor Bahru akan ke Old Trafford dengan segala perjalanan yang ditanggung untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Manchester United menentang Everton secara langsung pada 3 April 2016 nanti.

Hadiah utama peraduan tersebut merangkumi tiket penerbangan pergi-balik ke Manchester serta penginapan selama lima hari tiga malam untuk dua orang. Selain itu, Chevrolet juga turut mengumumkan kempen “Chevrolet Sustence” akan diteruskan di semua pengedar sah Chevrolet. Para pelanggan bakal ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM12,500 untuk model Orlando, RM11,000 untuk Cruze dan RM3,000 untuk Colorado.

Chevrolet Malaysia juga turut menganjurkan program ‘Family & Friends Referral’, di mana pemilik Chevrolet sedia ada berpeluang untuk mendapat wang tunai sehingga RM1,000 sekiranya mereka berjaya membawa dan mengesyorkan rakan atau ahli keluarga untuk membeli model kereta Chevrolet yang baharu.

Sebagai alternatif, pemilik Chevrolet juga boleh memilih untuk menaik taraf kereta Chevrolet mereka dengan program ‘Loyalty Reward’, di mana mereka layak untuk menikmati rebat taktikal bulanan, alat ganti dan servis percuma serta keahlian Chevy Assist selama tiga tahun. Kedua-dua program ini telah bermula pada 15 Mac dan akan berakhir pada 30 Jun nanti (tertakluk pada terma dan syarat).

IMG_2932 IMG_2930 IMG_2924 IMG_2914

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply