Trend model crossover atau SUV kini semakin bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kali ini giliran Chevrolet pula memperkenalkan crossover yang dibangunkan dari sebuah model hatchback kompak dan dinamakan sebagai Spark ACTIV. Bakal menjengah pasaran pada suku pertama 2017 di Amerika Syarikat, Spark ACTIV adalah adunan sebuah kereta kompak dengan gaya bandar dan lasak.
Model ini menampilkan rekabentuk depan dan belakang yang unik, rim aloi bersaiz 15 inci rekaan terbaharu, sistem suspensi yang telah dirombak (ketinggiannya bertambah 0.4 inci/10 mm), reka corak jeriji depan yang lebih spesifik, lampu kabus yang disatukan dengan rupa depan, pelapik lengkung tayar dan rel bumbung.
Ruang dalamannya pula menampilkan kemasan hitam standard, tempat duduk depan dengan pemanas, stereng pelbagai fungsi yang dibalut kulit, dan sistem Chevrolet MyLink dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci yang serasi dengan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu ia turut dilengkapi dengan kamera pandang-belakang, radio satelit SiriusXM (langganan percuma selama tiga bulan), OnStar Guidance Plan (percuma tiga bulan), 4G LTE Wi-Fi hotspot (percuma tiga bulan/3GB data percubaan), pendingin hawa, kawalan pelayaran (cruise control), kemasukan tanpa kunci dan tingkap kuasa dengan fungsi turun/naik Ekspres.
Harga yang ditawarkan untuk versi transmisi manual di pasaran Amerika Syarikat adalah USD16,945 (RM73,600), manakala untuk transmisi CVT pula berharga USD18,045 (RM78,380). Kami tidak pasti sama ada model ini akan dibawa ke Malaysia nanti, dan berharap Chevrolet Malaysia akan membawanya masuk ke sini dengan tanda harga yang kompetitif.
KLIK UNTUK BESARKAN
tu dia..giliran chevrolet pulak berentap dalam segment compact/mini crossover. tidur lagi ke proton oii..siap nama sendiri pun kena rembat
Chevrolet dah ACTIV-kan spark. Suprima bila lagi nak ACTIVE ni weiii..