ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevron Malaysia Limited lantik Dean Gilbert sebagai Pengerusi Negara baharu

Berita Tempatan

Views

Pemasar jenama Caltex™ di Malaysia, Chevron Malaysia Limited (Chevron), telah melantik Dean Gilbert sebagai Pengerusi Negara mereka yang baharu.

Gilbert akan melaksanakan peranan ini sebagai sebahagian daripada kapasitinya sebagai Pengurus Besar, Produk Antarabangsa – Asia Tenggara.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Beliau akan bertanggungjawab ke atas jualan komersial dan runcit serta pemasaran produk bahan api dan pelincir Caltex di Malaysia.

Selain itu, beliau juga bertanggungjawab memacu nilai perusahaan merentasi rantaian bekalan bahan api dan menerajui strategi Chevron dalam peralihan tenaga dalam membina masa depan karbon yang lebih rendah di Malaysia.

Gilbert sebelum ini merupakan Pengurus Besar Pemasaran dan Sokongan Jualan yang berpangkalan di Singapura dan telah melancarkan perkhidmatan penyelesaian pembayaran mudah alih, CaltexGO.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Berasal dari New Zealand, Gilbert membawa lebih 27 tahun pengalaman industri antarabangsa daripada tugasan Chevron yang lalu di Singapura, Filipina, Thailand, Amerika Syarikat dan juga negara asalnya.

Dean Gilbert berkata, beliau teruja dan berbesar hati untuk menyertai pasukan dinamik ini dan terus mengemudi perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau juga berharap dapat bekerjasama dengan perusahaan tempatan untuk mengukuhkan rangkaian runcit Caltex dan pertumbuhan ekonomi selanjutnya untuk rakan kongsi perniagaan Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply