ARKIB

KATEGORI

Buletin

China bangunkan pesawat hipersonik, lima kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi!

Berita Tempatan

Views

China kini dikatakan sedang membina pesawat hipersonik 12,000 batu sejam (kira-kira 19,312.128 kilometer per jam) yang boleh mengangkut 10 penumpang ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa satu jam.

Sinar Plus melaporkan, Pesawat sepanjang 148 kaki (45 meter) itu hampir satu pertiga lebih besar daripada Boeing 737 dan mempunyai sayap delta yang serupa dengan Concorde, tetapi dengan hujungnya mengarah ke atas.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurut Daily Mail, pesawat itu lima kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi!. Model pototaipnya didedahkan dalam kajian saintis angkasa lepas China yang terlibat dalam misi Marikh dan bulan negara itu.

Difahamkan para saintis China mengasaskan reka bentuk pesawat itu daripada rancangan yang ditinggalkan oleh Nasa.

Mereka memajukan ciptaan pesawat itu daripada reka bentuk dan teknologi Boeing Manta X-47C yang merupakan sebahagian daripada projek yang ditinggalkan oleh Nasa pada tahun 2000 kerana dikatakan menelan kos terlalu mahal.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Ming Han Tang, bekas jurutera dalam program hipersonik Nasa, mereka bentuk teknologi pesawat X Kenderaan Dua Peringkat (TSV) yang menggunakan dua enjin berasingan tanpa bahagian bergerak pada setiap sisi pesawat.

Mereka menyasarkan untuk melengkapkan binaan kumpulan pertama pesawat hebat itu pada penghujung 2035 dan mengembangkan ia kepada pesawat untuk membawa 100 penumpang menjelang 2045.

Setakat ini Lockheed SR-71 Blackbird ialah pesawat jet terpantas di dunia. Ia mencapai kelajuan Mach 3.3 iaitu lebih daripada 3,500 kph (2,100 mph) dan hampir empat kali lebih pantas daripada purata kelajuan penerbangan pesawat komersial.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wikipedia

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply