ARKIB

KATEGORI

Buletin

China luluskan paten jam tangan pintar BYD, siap ada fungsi pengesanan alkohol

Berita Global

Views

Menurut laporan dari media tempatan di China, paten jam tangan pintar daripada BYD telah diluluskan oleh pejabat harta intelek negara republik tersebut. Apa yang menarik, salah satu ciri istimewa jam tersebut adalah ia boleh mengesan pengambilan alkohol.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan fungsi ECG, boleh mengesan kadar denyutan jantung, suhu badan, tahap oksigen dalam darah dan pemantauan/analisis tekanan darah.

Buat masa ini, BYD telah mempunyai jam tangan pintar. Pada November 2021, pembuat kereta itu melancarkan jam tangan pintar berjenama yang boleh membuka kunci kereta BYD.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Menurut pembuat kereta itu, jam tangan pintar itu mempunyai ciri seperti penghidup enjin pintar, penguncian pintar, menaikkan dan menurunkan tingkap, dan boleh membuka pintu but belakang.

Ia telah dihasilkan bagi menggantikan kunci kereta BYD, namun sejak dari itu tiada berita mengenai jam berkenaan lagi. Tidak dipastikan sama ada BYD telah menamatkannya atau akan membangunkannya semula pada masa hadapan.

Paten yang diluluskan baru-baru ini kelihatan agak berbeza daripada yang sebelumnya. Ia mempunyai susun atur yang ringkas dan persis jam tangan pintar keluaran Apple.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Banyak jam tangan pintar pengesan alkohol telah berada di pasaran dengan ketepatan yang munasabah, malah ada yang datang dengan ciri sumpitan bagi meningkatkan ketepatan.

Ada juga yang datang dengan penderia yang membolehkan pengguna ‘mengukur tahap kemabukan’ mereka. Kebanyakan pembuat kereta tidak mempunyai jam tangan pintar tetapi sebaliknya bergantung pada jam tangan pintar keluaran syarikat lain.

Volvo, Mercedes-Benz, Porsche dan Volkswagen ialah beberapa pembuat kereta yang membenarkan pengguna memadankan jam tangan pintar Apple dengan kereta mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit carnewschina dan gizmochina

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply