ARKIB

KATEGORI

Buletin

China perkenal kapal pengangkut pesawat pertama buatan tempatan

Berita Global

Views

China baru-baru ini telah memperkenalkan kapal pengangkut pesawat ketiga dan yang pertama direka bentuk dan dibina di dalam negara oleh tenaga kerja republik berkenaan, lapor portal berita MailOnline.

KOSMO! ONLINE melaporkan, kapal pengangkut itu diberi nama Fujian iaitu wilayah yang terletak berdepan dengan Taiwan.

Fujian mempunyai saiz sama dengan kapal induk nuklear Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Nimitz dan merupakan sebahagian daripada pemodenan armada China.

Dilancarkan di kawasan limbungan kapal Shanghai, Fujian dilaporkan memiliki teknologi lebih canggih dan lebih maju dari berbanding kapal induk sebelumnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Kapal pengangkut kategori Type 003 itu adalah yang pertama mempunyai dek penerbangan penuh dengan sistem pelancaran lastik jenis elektromagnet.

Ia bermakna kapal induk berkenaan boleh membawa lebih banyak jenis pesawat dan muatan senjata. Bagaimanapun, China masih jauh untuk menyaingi AS yang mempunyai 11 kapal induk gergasi berkuasa nuklear walaupun telah mengatasi Britain.

Pengumuman pelancaran kapal pengangkut pesawat itu dibuat ketika ketegangan dengan AS semakin meruncing disebabkan isu Taiwan dan tuntutan Beijing terhadap Laut China Selatan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Semasa majlis pelancaran berlangsung, berpuluh-puluh anggota tentera laut berbaris di hadapan kapal Fujian dan menyanyikan lagu kebangsaan. Majlis itu turut dihadiri beberapa pegawai kanan termasuk Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, Xu Qiliang.

Penganalisis pertahanan syarikat risikan Janes, Ridzwan Rahmat yang berpangkalan di Singapura berkata, pelancaran kapal Fujian menandakan peristiwa bersejarah untuk tentera China.

“Ini membuktikan bahawa jurutera China mampu membina armada lengkap termasuk kapal perang jenis korvet, frigat, kapal pemusnah, kapal serangan amfibia dan kini, kapal pengangkut pesawat.

“Keupayaan untuk membina kapal perang yang sangat kompleks sudah pasti akan mengubah industri pembinaan kapal China,” kata Ridzwan. Kapal induk itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bangkok Post

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply