Harian Metro melaporkan, China melancarkan kereta api maglev yang mampu mencapai kelajuan sehingga 600 kilometer sejam (km/j) semalam, terpantas pernah dibina negara itu.
Pengerusi China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) Sun Yongcai dalam kenyataan yang dipetik Nikkei Asia berkata, kereta api maglev berkelajuan tinggi China akan menjadi industri yang berdaya maju.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Kelajuan kereta api itu dikatakan menghampiri 603 km/j, rekod dunia yang dicapai kereta api maglev Jepun keluaran Central Japan Railway, sekali gus menyaksikan persaingan sengit dalam penguasaan teknikal bagi pasaran kereta api laju.
China memulakan pembangunan kereta api maglev dengan lima gerabak menggunakan teknologi sendiri sejak 2016 dan ia berjaya menjalani ujian percubaan pada Jun 2020.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
CRRC yang merupakan pengeluar lokomotif terbesar dunia, melakukan penambahbaikan sebelum memperkenalkan kenderaan itu yang mana ketahanan dan ringan menjadi kekuatannya.
Dalam laporan awal pada 2019, sistem pengangkutan maglev dikatakan berupaya melakukan perjalanan dari Beijing ke Shanghai dalam tempoh tiga jam setengah, termasuk waktu menunggu.
Ia memendekkan masa perjalanan selama dua jam berbanding menggunakan kereta api laju biasa (bullet train). Setakat ini, syarikat itu belum mengumumkan sebarang rancangan lanjut untuk pengkomersialan pengangkutan maglevnya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit CNN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI