ARKIB

KATEGORI

Buletin

CIA boleh godam kereta anda

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

WikiLeaks “Vault 7”: CIA Planned To Hack Cars For Clandestine Assassinations

Pendedahan terbaru Wikileaks semalam menunjukkan bahawa agensi perisikan Amerika Syarikat, Central Intelligence Agency mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawaln kenderaan anda dari jarak jauh, walaubagaimanapun tahap sebenar keupayaan mereka tidak diketahui. Pendadahan Vault 7 oleh Wikileaks memberi fokus kepada aktiviti penggodaman CIA yang berlaku secara meluas melalui peranti mudah alih pintar (telefon pintar/peranti pintar) termasuk juga TV pintar keluaran Samsung.

Pendedahan Wikileaks
As of October 2014 the CIA was also looking at infecting the vehicle control systems used by modern cars and trucks. The purpose of such control is not specified, but it would permit the CIA to engage in nearly undetectable assassinations.”

Pautan kepada pendedahan Vault 7 Wikileaks adalah seperti berikut: https://wikileaks.org/ciav7p1/#PRESS

Menurut laporan tersebut pihak risikan AS telah menwujudkan pelbagai kumpulan kerja penggodam yang diberi tugas untuk menghasilkan malware tahap senjata (weaponised malware) yang memberikan mereka kebolehan untuk mengambil alih pelbagai peralatan dalam dunia ‘internet of things’.

Terminologi “Internet of things” merujuk kepada satu unia dimana semua peralatan dihubungkan dengan internet dan mampu menjadi jaringan maklumat yang penting dalam kehidupan seharian kita. Peti ais yang mengingatkan kita untuk membeli telur dan sayur kerana hampir habis kepada mesin basuh yang memantau bilangan cucian dan mengigatkan kita untuk mencuci penyaring air atau membeli sabun basuh, hinggalah kereta yang boleh memberitahu kita bahawa anak anak tidak memaki tali keledar keselamatan ketika mereka ke sekolah.

Inilah wawasan utama sebarang diskusi tentang perkembangan teknologi maklumat. Video kereta yang digodam dari saluran YouTube  majalah WIRED dimana enjin kenderaan Jeep Cherokee dimatikan ketika dipandu di lebuhraya dan dihidupkan semula dari jauh, stereng juga dikawal dari jauh

Hackers Remotely Kill a Jeep on a Highway | WIRED

Dalam dunia automotif masalah penggodaman kereta ini merupakan satu masalah utama apabila syarikat pengeluar ingin menggunakan lebih banyak elektronik dalam kereta mereka. Malah ada syarikat yang mengasingkan sistem yang boleh berkomunikasi dengan internet dari sistem asas kenderaan. Namun dalam dunia teknologi terkini, sistem litar yang menggunakan CAN-bus dalam kenderaan itu sendiri adalah satu titik kelemahan kerana ia bukan saja sekadar menyalurkan elektrik tetapi juga arahan kepada hampir semua sistem di dalam kereta.

CAN ataupun Controller Area Network dibina atas sistem litar multiplex, ataupun sistem yang boleh membawa maklumat dari satu sumber ke pelbagai peralatan dan dan juga menerima dan memproses maklumbalas dari sistem tersebut. Penggunaan sistem ini dan sistem fly by wire membolehkan semua sistem dalam kenderaan dikawal dari jauh dan sistem terakhir yang perlu ditukar kepada fly by wire ialah sistem stereng kuasa.

Sistem stereng kuasa hidraulik tidak boleh dikawal dari jauh kerana input kepada sistem datang dari pemandu dan ia tidak mempunyai motor penggera input namun sistem stereng kuasa elektrik (Electric Power Steering) menggunakan motor untuk menambah daya dan motor itu sendiri boleh menggerakkan stereng secara autonomous sekiranya ia diberi arahan. Semua kereta yang mempunyai sistem pemanduan berautonomi (autonomous) ataupun separa-berautonomi (semi-autonomous) menggunakan sistem EPS dan ini membolehkan kenderaan tersebut dikawal dari jauh sekiranya pintu belakang kepada kenderaan tersebut dibuka.

Kenderaan tersebut juga memerlukan cara untuk berkomunikasi dengan sistem kawalan luaran dan pintu ini sudah dibuka melalui jaringan panggilan kecemasan automatik yang terdapat pada sesetengah kenderaan mewah. Kita tahu bahawa kenderaan berautonomi ataupun tanpa pemandu dijangka menjadi realiti arus perdana dalam tempoh kurang satu dekad dan pendedahan ini mungkin menjadi satu pemangkin untuk kita semua membuka meja perbincangan sesama kita bagi mencari arah tuju yang lebih selamat dan selesa dari segi keselamatan dan juga privasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply