ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ciapan Twitter tular kompaun RM30K langgar SOP Aidilfitri, palsu

Berita Tempatan

Views

Polis menafikan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata sebaliknya ia adalah gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai, semalam.

Jelas beliau, gambar itu disalah tafsir sebagai tindakan kompaun. Kejadian sebenar adalah polis melakukan tinjauan bersama dengan pihak media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Tambah beliau, dalam tinjauan itu, pihaknya mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan perumahan berkenaan berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Gambar tular menerusi ciapan di Twitter itu telah dimuatnaik oleh pemilik akaun ‘No War But Class War’ dengan status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K‘. Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply