ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cikgu pencen belanja minyak percuma

Views

Beberapa foto penunggang motosikal berpusu-pusu ke stesen minyak di Tikam Batu, Sungai Petani menjadi viral di laman sosial sejak ptang semalam. Apa tidaknya, mereka mendapat rezeki terpijak setelah seorang pesara guru dan bekas pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Kuala Muda, Cikgu Abdul Ghani Haron, 60 yang kini menjalankan perniagaan katering telah menyumbangkan petrol RON95 secara percuma dan lebih 1,500 penunggang motosikal berbaris panjang untuk mendapatkannya.

Kebanyakan penunggang motosikal terdiri daripada pekerja pelbagai sektor yang bekerja di sekitar Sungai Petani, Butterworth dan Prai, Pulau Pinang mula beratur dari jam 6.30 pagi sehingga 10 pagi. Menurut Abdul Ghani, sumbangan petrol percuma ini adalah sebahagian dari progam sedekah jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya dalam usaha meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga bahan api tersebut.

Selain itu barangan keperluan lain juga akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Hampir RM5,913.00 minyak petrol telah berjaya disumbangkan dan program ini bakal dilaksanakan sekali lagi pada bulan hadapan. Kami sangat teruja dan kagum dengan semangat Cikgu Abdul Ghani dan rakan-rakannya melakukan program amal jariah ini dan berharap ramai lagi dermawan tampil untuk melakukan perkara yang sama pada masa akan datang. Tahniah kami ucapkan! Terima kasih Cikgu, semoga bertambah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply