ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ciri ciri menarik Volkswagen Passat serba baharu

Views

Baru baru ini Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan Passat serba baharu. Model generasi kelapan ini hadir dengan tiga varian dan ditawarkan pada harga RM159,990  untuk varian Trendline, RM 179,990 bagi varian Comfortline; dan RM198,990 untuk varian Highline.

Luaran  

Passat hadir dengan rekabentuk serba baharu yang menawan dan dipasang dengan rim aloi “Dartford” bersaiz 18 inci dan lampu utama LED adaptif yang meningkatkan tahap penglihatan pemandu dalam apa jua kondisi cuaca. Satu lagi penambahan pada Passat ialah sistem cucian lampu utama untuk memberi kemudahan dan menambah baik tahap penglihatan.

Ruang dalaman

Passat dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin KESSY. Stereng pelbagai-fungsinya yang dibalut kulit turut dilengkapi dengan paddle shifter. Ciri ciri lain termasuklah cermin pandang belakang anti silau automatik, kawalan pelayaran, tingkap kuasa automatik, kawalan suhu tiga zon dan Bantuan Parkir (Park Assist).

Kemasan kayu “Brilliant Pine” yang dan kemasan upholsteri tempat duduk separa kulit menyerlahkan lagi kemewahannya . Perehat tangannya juga boleh dilaras dan corong pendingin hawa bagi tempat duduk belakang, tempat duduk pemandu boleh dilaras 12-cara serta sistem pendingin hawa “Climatronic” dengan kawalan suhu tiga zon untuk keselesaan semua penumpang.

Enjin dan Prestasi

Passat dijana enjin TSI pengecas turbo bersesaran 2.0 liter dengan transmisi direct shift (DSG)  enam-kelajuan yang menawarkan ouput kuasa mengagumkan pada 220PS dan tork 350Nm di antara putaran enjin 1,500 hingga 4,400rpm. Ia menawarkan pecutan luar biasa, iaitu 6.7 saat dari 0 hingga 100km/j dengan bacaan penggunaan bahan api sekitar 6.2l/100km

Ciri hiburan yang dipertingkatkan

Sistem infotaimen Passat menawarkan pemandu dengan pilihan ketersambungan yang luas dan navigasi lebih mudah. Sistem Paparan Info Aktifnya beresolusi tinggi, interaktif dan boleh diubah suai. Lima tema telah ditetapkan dengan pilihan mod pemanduan seperti Classic, Eco Mode, Driving Assistance Mode, Fuel Consumption Mode dan Navigation Mode.

Selain itu ia turut berfungsi sebagai paparan untuk kamera undur, menu kereta yang lengkap dan sistem infotaimen. Sistem MirrorLink pula memudahkan operasi telefon pintar untuk pemanduan yang lebih menyenangkan.

20161116_1411

Kecekapan

Passat kini lebih efisien dengan fungsi start/stop, brek dengan penjanaan semula tenaga dan rekaan badan yang aerodinamik untuk menawarkan penjimatan bahan api luar biasa.

Ciri-ciri Keselamatan

Passat dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan utama seperti Lane Assist, Dynamic Chassis Control (DCC), Automatic Post-Collision Braking System dan Electronic Differential Lock (XDS). Ciri lain termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Hill-hold Control. Untuk perlindungan penumpang kanak kanak pula, Passat dilengkapi dengan tingkap kuasa anti-pinch dan cagak ISOFIX.

Kemudahan

Passat dilengkapi dengan ciri Easy Open yang pertama kali diperkenalkan untuk kenderaan Volkswagen di Malaysia. Ia merupakan alat pengesan tanpa/bebas kunci yang mengawal dan membuka ruang kargo belakang secara automatik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu. Ketinggian bukaannya juga boleh diubah suai mengikut keperluan.

Warna  

Passat serba baharu boleh didapati dalam tujuh warna – putih (Pure White), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), kelabu (Indium Grey), merah (Crimson Red), coklat (Black Oak Brown) dan biru (Harvard Blue).

Waranti

Semua kereta Volkswagen yang didaftar baru bermula 1 September 2016 kini berserta jaminan pengeluar berserta bantuan tepi jalan selama lima tahun. Tempahan dan pandu uji kini boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

photo-2 20161116_1411 photo-1 photo-3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply