ARKIB

KATEGORI

Buletin

Citroen C-Elysee facelift – Sedan bajet dengan gaya mewah

Post-production : Astuce Productions
Views
[REVEAL] New C-Elysée: Comfort & status

Siapa kata sedan bajet perlu nampak cikai dan murah? Citroen dah membuktikan kereta segmen bajet pun boleh nampak mewah dan premium dengan C-Elysee versi facelift. Model ini juga turut yang berkongsi pelantar bersama Peugeot 301 dan direka untuk pasaran global. Rupa keseluruhan bahagian depan sedan kompak ini tidak berubah dengan begitu ketara, hanya sedikit perbezaan pada jeriji, lampu depan, lampu kabus dan lampu nyalaan siang LED (DRL).

Di bahagian belakang pula, ia menampilkan lampu dengan efek 3D yang sangat unik dan dua pilihan warna terbaharu turut ditawarkan iaitu Lazuli Blue dan Aluminum Grey yang menggantikan Teles Blue dan Steel Grey. Rim aloi bersaiz 16 inci melengkapkan rupa luaran model bajet ini dengan rekaan yang sangat bergaya.

Masuk ke bahagian dalam, Citroen telah melengkapkan C-Elysee versi facelift ini dengan paparan skrin tujuh-inci terbaharu yang boleh disambungkan terus ke peranti mudah alih melalui sambungan Bluetooth. Paparan sesentuh ini turut menyokong aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay dengan teknologi pengecaman suara dan sistem navigasi Citroen Connect Nav.

Pilihan enjin model ini bergantung kepada pasaran, dengan pilihan enjin petrol dan diesel yang pelbagai termasuklah enjin PureTech (82 PS), VTi (115 PS), HDi (91 PS) dan BlueHDi (100 PS), yang dipadankan dengan pilihan transmisi manual atau automatik dengan enam-kelajuan. Model ini masih dikeluarkan dari kilang yang sama di Vigo, Sepanyol dan mula memasuki pasaran pada suku pertama 2017. Untuk versi China yang dibina di Wuhan, ia akan turut dinaik taraf dan bakal dilancarkan pada awal tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions Copyright William Crozes @ Fighting Fish Copyright William Crozes @ Fighting Fish Copyright William Crozes @ Fighting Fish Copyright William Crozes @ Fighting Fish

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


      • Di rebadge sebagai Peugeot 301 sebagai kereta Bajet segment ç. Kereta bajet segment ç ni pasaran luas di amerika Latin Dan benua afrika


    • Ye.! Citroën C-Elysée berada dalam segment ç same dengan corolla. Cuma Elysée dalam diketegorikan kereta bajet. Maka ciri² tidak mewah, tahap keselamatan bukan yang tertinggi, eksesori tidak penuh. Material binaan berkualiti sederhana saja


    • Preve perlukan model pengganti seawal 2018 menggunakan enjin baru T-GDi.. Bangunkan model pengganti Preve berasaskan platform asal yang dimajukan.. Sebagaimana Persona menggunakan platform Iriz yang dimajukan dan dipertingkatkan kualitinya.. Sedan segmen-c sesuai dijadikan sport sedan sebagaimana civic 2016.. Dijana 1.8L T-GDi sudah memadai.. Varian standard dengan enam kelajuan manual transmisi, manakala varian premium dengan paddle shifter tujuh atau lapab kelajuan pro-tronic..

      Preve sedia ada sememangnya perlukan facelift.. Mungkin minor FL sebagai Final Edition sehingga december 2017 untuk tempahan..


  • Model seumpama ini seharusnya dibawa masuk ke malaysia untuk segmen yang berkeupayaan menembusi pasaran tempatan.

Leave a Reply