ARKIB

KATEGORI

Buletin

Civic 2021 muncul model Honda pertama terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP berdasarkan protokol baharu 2021-2025

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - Honda Civic (2021)

Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) pada Khamis lalu telah mengumumkan model Honda Civic 2021 semasa pelancaran secara maya sambutan Dekad Ke-2 Tindakan untuk Keselamatan Jalan Raya 2021-2030 untuk Malaysia.

Civic generasi ke-11 ini muncul model Honda yang pertama dinilai berdasarkan protokol baharu 2021-2025 dan ia telah berjaya memperoleh penarafan 5-Bintang dengan skor keseluruhan sebanyak 83.47 mata.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Ujian telah dibuat di makmal Institut Penyelidikan Automobil Jepun (JARI). Varian yang diuji adalah EL+ yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter dan dilengkapi dengan enam beg udara.

Berikut adalah skor bagi keputusan ujian untuk model Honda Civic 2021:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 36.59 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 18.32 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 18.16 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 10.39 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Model tersebut menawarkan ciri keselamatan standard bagi semua varian, antaranya enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Brek Anti Kunci (ABS), Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB), Pengesanan Kehadiran Kanak-Kanak (CPD), Sistem Sistem Peringatan Pemakaian Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Pemantauan Titik Buta (BSV).

Adakah ini petanda yang Honda Civic 2021 akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat? Kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply