ARKIB

KATEGORI

Buletin

Continental lancar platform pembelian tayar secara dalam talian menerusi aplikasi TNG eWallet

Berita Tempatan

Views

Continental hari ini melancarkan Program Mini di aplikasi TNG eWallet, sebagai mod pembelian tayar secara dalam talian menerusi telefon pintar.

Bagi meraikan pelancaran ini, Continental menawarkan promosi eksklusif dari 7 November hingga 30 November, bersempena dengan Jualan Mega 11.11.

Pelanggan boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM1 juta, dengan purata 15 peratus pulangan tunai bagi setiap transaksi.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM300 dalam satu transaksi antara 7 November 2024 hingga 31 Januari 2025, secara automatik layak menyertai cabutan bertuah dan memperoleh satu penyertaan bagi setiap RM300.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Hadiah utama merupakan jongkong emas bernilai RM10,000, serta hadiah-hadiah menarik lain seperti tiga unit iPhone 16 Pro, dua konsol PS5, dua unit Huawei MatePad 11.5-inci Edisi PaperMatte, dan dua Baucar Trapo.

Pemenang mingguan juga boleh menerima pulangan tunai untuk pembelian tayar Continental mereka (3 pemenang setiap minggu) dan Kad NFC Continental x Touch ‘n Go Edisi Terhad.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, platform baharu ini memudahkan rakyat Malaysia membeli tayar Continental dalam talian, memenuhi permintaan mereka untuk kemudahan, keselamatan dan harga yang kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni pula menambah, pihaknya amat teruja untuk menyepadukan jualan tayar ke dalam platform mereka, sekali gus memberikan rakyat Malaysia akses kepada satu lagi perkhidmatan penting di hujung jari.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Program Mini turut membantu pengguna untuk mencari corak dan saiz tayar yang betul, dengan pilihan untuk pembelian.

Pengguna boleh menggunakan kod promosi, memilih pengedar berdekatan dan menjadualkan pemasangan dalam kedai di lebih 120 kedai tayar Continental yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Setelah mengesahkan pembayaran melalui TNG eWallet, pelanggan hanya perlu memandu ke pengedar terpilih untuk pemasangan percuma, termasuk pengimbangan, dengan perkhidmatan penjajaran pilihan yang tersedia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://visit.tngdigital.com.my/continentaltyre.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply